Sebelum ini, Omrah Travel ada membuat satu pakej ke umrah iaitu Package Premium bersama selebriti Neelofa dan suaminya, PU Riz mencecah harga RM35,000 telah mendatangkan rasa kurang senang daripada kalangan netizen.
Sedar akan tohmahan yang diterima netizen, Neelofa tampil memberi penjelasan bahawa hotel yang bakal di diami adalah InterContinental Dar al Tahwid Makkah dan The Oberoi Madinah dimana kedua-dua mempunyai kemudahan serta perkhidmatan terbaik.
Menurut Neelofa, dia sudah beberapa kali pergi ke hotel tersebut dan akui memang sangat memudahkan perjalanan, malah pakej RM35K itu adalah harga yang sudah banyak dipotong.
View this post on Instagram
Bukan itu saja, Chief Marketing Officer Omrah Travel iaitu Saiyidah Othman juga memberitahu bahawa pakej itu menawarkan perkhidmatan pengangkutan VVIP di mana ia digunakan oleh orang-orang kenamaan.
Malah, Saiyidah berkata pakej tersebut sering digunakan oleh Neelofa serta keluarga dan sebab ia ditawarkan kerana selebriti tersebut mahu orang ramai merasainya juga.
Dalam pada masa yang sama, sidang media yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu dihadiri oleh PU Riz, Executive Chairman Omrah Travel iaitu Dato Ahmad Tajuddin Idris dan Mutawwif khas, Sheikh Mahmoud Al-Wosabi.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz serta anak lelaki, Muhammad Bilal bakal berangkat ke Tanah Suci mengikuti agensi Omrah Travel selama 12 hari bermula Rabu ini.