Tular ketika ini tentang gerakan #Blockout2024 yang bermula dari negara barat dan kini rakyat Malaysia turut mengikutinya.
Sejak semalam, tular nama beberapa artis dan pempengaruh yang disarankan untuk diboikot kerana tidak menggunakan platform media sosial mereka untuk bersuara serta menyebarkan kesedaran tentang apa yang berlaku di Palestin.
Tak sebar awareness, promote produk yang sokong Israel
Bukan itu sahaja, rakyat turut marah kerana ramai selebriti dan pempengaruh yang tergamak bekerjasama dengan jenama antarabangsa yang menyokong Israel.
Antara nama yang disebut setakat ini adalah Nadhir Nasar, Dahlia Rizal, Ruhainies, Sheila Rusly, Mira Filzah dan pasangan selebriti terkenal, Scha Alyahya dan Awal Ashaari.
Tak setuju Mira Filzah ada dalam senarai
Bagaimanapun, sesetengah netizen tidak bersetuju nama Mira Filzah diletakkan dalam senarai boikot tersebut.
Tak setuju dengan Mira Filzah (ada dalam senarai). Dia tak pernah berhenti post pasal Palestin.
Tambahnya, dia sudah bekerja dengan Mira selama bertahun-tahun dan mendedahkan bahawa aktres tersebut telah memeriksa dan memastikan produk yang mahu bekerjasama dengannya tiada kaitan dengan Israel.
Dan ada juga Mira bekerjasama dengan beberapa jenama antarabangsa lain namun katanya persetujuan untuk meneruskan kerjasama tersebut dibuat sebelum 7 Oktober lagi.
Downy/Febreeze ambassadorship pun started before Oct 7th. We can’t see the future. Dari cari benda-benda kecik utk block orang yg actively advocate for Palestine, baik channel the energy to the global giants. They’re the real targets bc of the direct link to westerners. Focus!
— billa (@warnabilla) May 12, 2024