Baru-baru ini, tular satu hantaran di aplikasi Threads apabila seorang lelaki telah berkongsi suasana orang ramai yang datang berkunjung ke KLCC Park untuk beriadah.
Menerusi video yang dimuat naik, sesetengah individu dilihat sedang berjoging manakala yang lain pula sedang berjalan sambil menikmati pemandangan di sana bersama keluarga.
View on Threads
Sejak pembukaan trek baharu di KLCC Park, makin ramai orang berlari, dan brisk walk (jalan laju) di sini.
Susulan itu, dia berpendapat banyak lagi taman seperti itu perlu dibangunkan di negara ini bagi menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ini membuktikan Malaysia lebih memerlukan park (taman rekreasi) daripada berpuluh pusat beli-belah. Setuju?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan itu dan ada juga yang memberi cadangan agar pusat beli-belah yang sudah ‘sendu’ digantikan dengan ‘indoor park’.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.