Penampilan pelakon Zarina Zainuddin sering mendapat pujian kerana dikatakan nampak muda meskipun sudah berusia 52 tahun.
Kata aktres tersebut, sejak melakukan pembedahan bariatrik Ogos lalu, berat badannya turun sebanyak 12 kilogram dan mungkin penurunan itu membuatkan dia nampak lebih muda daripada usia.
Tambah Zarina, dia bersyukur membuat pembedahan itu kerana berat badannya yang dahulu membuatkan kaki dan tumitnya sakit.
Namun, selain berat badannya Zarina turut menjadi perhatian selepas ada yang mendakwa dia turut membuat pembedahan hidung kerana tampak berbeza daripada sebelum ini.
Bagaimanapun, ibu kepada dua anak lelaki itu berkata dia tidak kisah dengan kata-kata dan penerimaan orang ramai kerana tahu apa yang dilakukannya.
Korang pergilah buat hidung. Ramai je artis yang buat hidung, cuma mereka tak beritahu je. Semua buat hidung, cuma tak megaku je. Saya pula yang kena sorang-sorang. Bila aku, semua orang sibuk.
Ujar Zarina lagi, dia pernah menjalani pembedahan membuang cecair di hidungnya sebelum ini kerana mengalami masalah sinus yang teruk.