Ramai Ingat Maldives Untuk Orang Kaya Je, Sebenarnya Boleh Pergi Dengan Bajet ‘Mesra Poket’ Bawah RM1K!

Travel

Ramai Ingat Maldives Untuk Orang Kaya Je, Sebenarnya Boleh Pergi Dengan Bajet ‘Mesra Poket’ Bawah RM1K!

Boleh dikatakan bila sebut saja Maldives, pasti ramai yang mempunyai gambaran bahawa destinasi tersebut menggunakan bajet beribu-ribu ringgit macam honeymoon golongan T20 kan?

‘Tiket aku RM239 & beli one way, macam pergi Kuching je’

Tetapi realitinya, kalau korang pandai plan percutian, Maldives boleh dijadikan sebagai trip bajet ‘mesra poket’ dan paling mudah kalau nak pergi.

Advertisement

Melalui platform Facebook, seorang lelaki telah berkongsikan pengalamannya bercuti di Maldives tetapi hanya membayar tiket tidak melebihi RM300 pun tau!

bercuti di maldives murah

Menurut individu terbabit, beli tiket sehala dengan menggunakan airlines AirAsia jika mahu mendapatkan harga tiket penerbangan yang lebih murah.

Jangan gatal nak tidur atas air!

Dalam pada itu, individu tersebut turut memberi pesanan kepada orang ramai yang mahu bercuti ke sana untuk tidak memilih resort atas laut yang mempunyai view penyu berenang sewaktu ‘melabur’ kerana ia akan memakan bajet yang sangat besar.

Nak jimat cari je hotel kat Male.. banyak dalam agoda Rm100-150 pun macam macam ko boleh pilih.. sampai sampai airport, bayar 1USD naik bot terus sampai bandar Male.

Tambahannya lagi, pengunjung juga boleh menyewa motor untuk berjalan-jalan di bandar tanpa memerlukan lesen antarabangsa kerana lesen Malaysia juga sudah memadai.

Sewa motor trusted biasanya Atollrent, suruh dia hantar motor ke hotel dan pulang balik pun mereka ambil sendiri di hotel.

wanita dakwa lelaki bersembunyi di bawah katil di sebuah hotel mewah jepun
7 days ago

"Dia Tenung Saya Lama.." - Wanita Kongsi Pengalaman Seram 'Check In' Hotel Di Jepun, Temui Lelaki Sembunyi Di Bawah Katil Hotel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...