Ramai Individu Berprofil Tinggi, Pemimpin Negara ‘Simpan’ Duit & Aset ‘Kotor’ Di Negara Asia Barat

Berita

Ramai Individu Berprofil Tinggi, Pemimpin Negara ‘Simpan’ Duit & Aset ‘Kotor’ Di Negara Asia Barat

Sebuah negara di Asia Barat kini dikesan menjadi destinasi selamat baharu bagi individu terlibat dalam rasuah dan jenayah penggubahan wang haram, termasuk membabitkan rakyat Malaysia serta pemimpin berprofil tinggi. Negara berkenaan dipercayai menjadi lokasi utama untuk mengumpul dan menyembunyikan kekayaan yang diperoleh melalui ‘wang kotor’.

Difahamkan, negara itu mula menggantikan beberapa negara maju yang sebelum ini sering dikaitkan dengan aktiviti kewangan meragukan. Dasar ‘keterbukaan’ yang diamalkan menjadikannya tarikan kepada golongan kaya, kenamaan serta penggubah wang haram dari seluruh dunia, sekali gus menyukarkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka.

Advertisement

Sumber Berita Harian memaklumkan, pendekatan longgar negara berkenaan turut menarik minat individu berprofil tinggi dari Malaysia untuk menyimpan dana serta memiliki aset mewah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

asia barat

Siasatan terbaharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan beberapa individu kenamaan, termasuk seorang bekas pemimpin terkemuka, dikesan memiliki aset mewah di negara tersebut. Pemimpin berkenaan dipercayai membeli aset secara tunai, berkemungkinan menggunakan dana yang tidak diisytiharkan di Malaysia.

Selain itu, kekangan perundangan dan kelemahan penguatkuasaan di negara berkenaan menjadikan individu yang dikehendaki atas kes rasuah atau jenayah kewangan sukar diambil tindakan undang-undang, sekali gus membolehkan mereka terus bebas bergerak.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengakui negara tersebut kini menjadi pilihan utama berbanding sebuah lagi negara di Asia.

“Kebelakangan ini kita mengesan negara itu menjadi tumpuan mereka yang terbabit dalam aktiviti kewangan yang meragukan seperti penggubahan wang haram.”

“Di sana mereka boleh membawa wang tunai dan menyimpan dana dalam bank, menyebabkan ia menjadi pilihan penjenayah kewangan, termasuk dari Malaysia,” katanya kepada Berita Harian.

Menurut Azam, kebanyakan negara termasuk Malaysia mengamalkan pematuhan ketat terhadap peraturan anti-penggubahan wang haram (compliance money laundering), namun dasar itu tidak dilaksanakan secara menyeluruh di negara berkenaan.

“Dalam siasatan yang dijalankan, terdapat kenamaan berprofil tinggi yang terkenal memiliki aset mewah di sana dan pembelian dibuat secara tunai,” jelasnya.

Siasatan Berita Harian turut mendapati pasaran hartanah mewah yang tidak telus serta kebenaran pemilikan asing sehingga 100 peratus menjadi antara faktor utama negara itu menjadi tumpuan penjenayah kewangan. Walaupun terdapat keperluan pelaporan transaksi, sektor tersebut terus dieksploitasi akibat penguatkuasaan longgar, ketelusan terhad dan jurang peraturan, sekali gus membolehkan dana haram ditukar kepada aset fizikal bernilai tinggi.

Dalam pada itu, Transparency International turut mengeluarkan amaran terhadap negara berkenaan yang dikenal pasti mempunyai ‘red flags’ sebagai pasaran terbuka penggubahan wang haram dan lokasi perlindungan selamat individu korup.

Menurut laporan badan itu, sektor kewangan negara tersebut bersifat tertutup dan dikawal selia secara lemah, selain pasaran hartanah mewah yang tidak telus serta pemantauan dan penguatkuasaan yang terhad, menjadikannya destinasi ideal bagi penjenayah kewangan global.

Laporan sama turut mendedahkan individu yang berada di bawah sekatan antarabangsa menjadikan negara itu sebagai tempat perlindungan, termasuk tokoh jenayah terancang dan ahli politik dari pelbagai negara yang membeli hartanah di situ.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bung mokthar
2026-01-16 11:55:18

Mahkamah Lepas Dan Bebas Allahyarham Bung Moktar Daripada Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Kekal Didakwa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...