Ramai Ibu Bapa Tertipu Dengan Hujah Agama Daripada Golongan Anti Vaksin – Pakar Perubatan

Trending

Ramai Ibu Bapa Tertipu Dengan Hujah Agama Daripada Golongan Anti Vaksin – Pakar Perubatan

Isu anti vaksin bukanlah sesuatu perkara yang baru atau asing lagi di Malaysia, ada satu tahap ibu bapa anti vaksin ini sanggup menghina dan mencetuskan konflik dengan petugas kesihatan semata-mata tidak mahu anak mereka menerima vaksin.  Tidak dinafikan ini adalah pemikiran mengikut hati ataupun naluri sahaja berbanding dengan logik akal.

Advertisement

Menurut, Prof Madya Dr Malina Osman dari Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan Universiti Putra Malaysia, hujah agama, yang diguna pakai golongan profesional bukan daripada bidang perubatan dan penjual produk alternatif, mengenai keburukan vaksin adalah antara punca ramai ibu bapa menolak pengambilan vaksin untuk kesihatan anak mereka.

Prof Madya Dr Malina juga menyarankan agar ibu bapa tidak mudah tertipu dengan hujahan golongan agaman anti vaksin dan juga penjual produk-produk tradisional serta alternatif yang tiada langsung ilmu dalam bidang perubatan.

Ramai ibu bapa tertipu dengan hujah antivaksin oleh golongan berpendidikan namun bukan daripada bidang perubatan, mereka ini datang dari kepelbagaian latar belakang pengetahuan yang ditimba di luar dan dalam negara menyebabkan fakta-fakta kritikal berkaitan isu perubatan disalah tafsir (contohnya data berkaitan statistik dan inferen sesuatu penyelidikan) membuatkan masyarakat memandang vaksin membawa keburukan.

Isu penggunaan bahan tidak halal merupakan perkara yang sering dibangkitkan oleh golongan ini untuk tidak mengalakkan ibu bapa membawa anak mereka bertemu dengan doktor. Pelbagai juga berita palsu disebarkan melalui media sosial.

Mereka cenderung mengklasifikasikan sebahagian besar bahan digunakan dalam vaksin berasal daripada bahan bertoksik dan haiwan yang haram di sisi syarak, walhal anggapan itu tanpa asas bukti penyelidikan yang kukuh. Kesemua vaksin yang dihasilkan perlu melalui sistem penghasilan yang ketat serta didokumenkan setiap proses, dos dan kesan sampingannya. Ujian klinikal melibatkan ribuan responden dari pelbagai kawasan geografi dan ia terbukti menghasilkan antibodi melawan penyakit berbahaya dengan izin Tuhan.

Dahulukan kepentingan nyawa anak anda, memang sudah terbukti vaksin ini mampu untuk mencegah pelbagai penyakit berbahaya. Janganlah kerana sikap anda, anak yang menjadi mangsa.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...