Ramai Hilang Punca Rezeki, Alam Wakaka Buat Entri Khas Luah Kerisauan, Minta Peminat Tag Datuk Ismail Sabri

Hiburan

Ramai Hilang Punca Rezeki, Alam Wakaka Buat Entri Khas Luah Kerisauan, Minta Peminat Tag Datuk Ismail Sabri

Meluahkan rasa kerisauan dan kegusaran mengenai nasib guru tari dan koreografer di Malaysia, Alam Wakaka telah membuat ssebuah entri khas mengenai isu tersebut menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Dia yang juga merupakan seorang penari serta guru koreografer meluahkan rasa bimbang apabila ramai rakan seangkatan dengannya berdepan masalah kehilangan sumber pendapatan.

Advertisement

Menurut Alam, dia menulis entri berkenaan dengan harapan supaya studio tarian dan koreografi dapat dikecualikan dari penutupan dan dapat dibuka dengan SOP yang bersesuaian.

Dia dalam pada itu turut berharap permintaannya itu dapat didengari dan sampai ke pengetahuan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob supaya dapat dipertimbangkan olehnya.

Meskipun sudah redha dengan keadaan yang dialaminya kini, namun jauh di sudut hati Alam dia berharap ada sedikit sinar harapan buat mereka untuk meneruskan hidup dalam situasi yang sukar kini.

Terdahulu, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali negeri Perlis, Pahang dan Kelantan sehingga 6 Disember ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...