Ramai Gen Z Tak Tahu! Ini Lagu Raya ‘Legend’, Sepasang Kurung Biru, Penyanyi & Kisah Di Sebalik Liriknya

Hiburan

Ramai Gen Z Tak Tahu! Ini Lagu Raya ‘Legend’, Sepasang Kurung Biru, Penyanyi & Kisah Di Sebalik Liriknya

Bermacam variasi lagu raya dicipta dari tahun ke tahun tetapi kata orang lagu raya lama-lama lebih memberi makna dan menyentuh hati.

Sudah tentu, banyak lagu raya evergreen yang didengari oleh masyarakat kita sehingga ke hari ini namun rasanya sebuah lagu raya ini mungkin tidak familiar dalam kalangan anak muda zaman sekarang.

Advertisement

Ini kisah lagu berjudul Sepasang Kurung Biru nyanyian Khairil Johari Johar dan kisah sedih di sebalik penciptaannya.

Khairil Johari Johar

 

Penyanyi merupakan seorang Profesor Madya

Kalau korang nak tahu, penyanyi Sepasang Kurung Biru ini merupakan seorang komposer terkenal dan bergelar Profesor Madya.

Khairil sebenarnya bukanlah penulis lirik lagu ini sebaliknya hanya memegang peranan menyiapkan melodi dan menyanyikannya.

Khairil Johari Johar

Penulis lirik Sepasang Kurung Biru adalah Habsah Hassan dan Khairil pernah berkata respon pertamanya ketika diminta untuk merakamkan lagu raya adalah lirik ciptaan Habsah terlalu indah.

Saya sebenarnya tidak kenal dan tidak pernah berjumpa Habsah ketika itu. Saya mula mencipta melodi hanya menggunakan gitar selepas bersahur.

 

Ada kisah di sebaliknya

Ketika masih aktif membuat persembahan suatu ketika dahulu ramai peminat yang cuba mencungkil kisah di sebalik penulisan lagu tersebut.

Malah, ada sesetengah yang menyangka bahawa lagu tersebut ditulis berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri namun menurut Habsah kisah lagu itu diambil daripada cerpen nukilannya Sepasang Kurung Ungu namun diubah suai mengikut keperluan penyanyi.

Cerpen itu mengisahkan tentang seorang wanita yang berdepan tekanan jiwa selepas kehilangan bakal suami ketika hari perkahwinan menjelang tiba. Ia bukan pengalaman saya tetapi apa yang saya lihat berlaku di sekeliling saya.

habsah hassan

Disebabkan komposer dan penyanyi lagu itu adalah Khairil, seorang lelaki, jadi Habsah mengubah sedikit jalan cerita dalam lirik yang dihasilkannya.

Kalau korang Gen Z dan belum pernah dengar atau betul-betul menghayati lagu Sepasang Kurung Biru nyanyian Khairil Johari Johar ini, YOU SHOULD!

3 weeks ago

Jom 'Throwback' 5 Drama Raya Sedih Yang Mampu Buat Penonton Menangis Teresak-Esak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Media Corp

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...