Ramai ‘Gen-Z’ Berebut Nak Buat Trend ‘S-Line’ Buat Netizen Risau – “Allah Tutup Aib, Tapi Kau Dedah Sebab FOMO”

Kehidupan

Ramai ‘Gen-Z’ Berebut Nak Buat Trend ‘S-Line’ Buat Netizen Risau – “Allah Tutup Aib, Tapi Kau Dedah Sebab FOMO”

Baru-baru ini, drama Korea bertajuk S Line telah mencuri perhatian ramai, di mana ia berkisahkan seorang gadis mempunyai kelebihan untuk melihat garisan merah di atas kepala setiap orang dan garisan merah itu menggambarkan jumlah badan yang pernah dilakukan oleh seseorang sepanjang hayatnya.

Jadi ‘trend’ di TikTok

Bagaimanapun, di sebalik drama tersebut mendapat sambutan hangat, di platform media sosial muncul pula trend di kalangan anak muda, tidak kira lelaki atau perempuan mula terikut-ikut melukis garisan merah di atas kepala mereka.

Advertisement

Tindakan tersebut meraih perhatian ramai, di mana netizen merasakan anak muda yang melakukan trend tersebut seolah-olah bangga mendedahkan sisi gelap kehidupan mereka kepada umum.

Tidak kira sama ada trend ini realiti ataupun sekadar konten, ia tetap membimbangkan kerana boleh menimbulkan salah faham dan merosakkan akhlak susulan bertentangan dengan imej agama.

“Allah tutup aib, dia pergi buka sendiri”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak setuju trend tersebut dilakukan oleh golongan Gen Z di platform media sosial kerana merasakan Allah sudah menutup aib masing-masing dengan baik terapi mereka pilih untuk buka.

Komen

"Trend Berjoget Untuk Terima Duit Raya Boleh Jatuh Hukum Haram" - Mufti Terengganu
2025-04-05 12:02:22

"Trend Berjoget Untuk Terima Duit Raya Boleh Jatuh Hukum Haram" - Mufti Terengganu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...