Ramai Gagal Bayar PTPTN, Lebih Pentingkan Bayar Pinjaman Lain

Trending

Ramai Gagal Bayar PTPTN, Lebih Pentingkan Bayar Pinjaman Lain

ptptn2Kebanyakan peminjam lebih mengutamakan pembayaran balik pinjaman lain berbanding Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menyebabkan mereka gagal membayar balik pinjaman perbadanan itu dan seterusnya disenaraihitamkan.

Sinar Harian memetik Ketua Jabatan Operasi Cawangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mansor Ali sebagai berkata, kebanyakan peminjam lebih mementingkan pembayaran balik pinjaman lain, seperti perumahan, kad kredit dan kenderaan, menyebabkan mereka gagal membayar pinjaman PTPTN.

Advertisement

Jelasnya, jumlah peminjam PTPTN yang mendapatkan bantuan AKPK menunjukkan peningkatan, disebabkan nama mereka disenaraihitamkan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS), lapor FMT.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan peminjam PTPTN menyertai Progam Pengurusan Kredit untuk menguruskan wang mereka lebih baik.

Mengikut laporan, seramai 1.25 juta peminjam PTPTN disenaraihitamkan dalam CCRIS, kerana gagal membayar balik pinjaman PTPTN.

Pengerusi PTPTN, Shamsul Anuar Nasarah berkata, peminjam tegar bukan sahaja disenaraihitamkan dalam CCRIS, malah oleh institusi perbankan lain.

Mereka yang mempunyai rekod pembayaran balik tidak memuaskan, berdepan kesukaran mendapat pinjaman dengan semua institusi perbankan, termasuk pinjaman peribadi, perumahan, kenderaan dan kad kredit.

PTPTN mula menyenaraihitamkan peminjam tegar secara berperingkat-peringkat sejak 16 Jun 2015, bagi menggalakkan mereka lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam pembayaran balik pinjaman.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...