Ramai ‘Founder’ & ‘Influencer’ Di Kelantan Terlibat Pengedaran Dadah Dan Pengubahan Wang Haram – Polis

Berita

Ramai ‘Founder’ & ‘Influencer’ Di Kelantan Terlibat Pengedaran Dadah Dan Pengubahan Wang Haram – Polis

Polis Kelantan mendedahkan kewujudan trend bahaya di mana ramai usahawan kosmetik dan pempengaruh kecantik di negeri itu yang terlibat dengan pengedaran dadah serta pengubahan wang haram.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, perniagaan barangan kosmetik dijalankan adalah bertujuan untuk ‘mencuci’ duit.

Advertisement

Namun katanya, perniagaan sebenar di sebalik itu adalah aktiviti mengedar dadah dan usahawan-usahawan ini mempunyai ‘tentera’ mereka sendiri yang bekerja untuk membeli, memasarkan dan menjual dadah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat

Tambahnya, apa yang lebih membimbangkan adalah operasi dadah dan pengubahan wang haram yang dijalankan bukan dikendalikan ‘dealer’ kecil-kecilan tetapi sindiket besar.

Mohd Yusoff turut berkata iklan komersial turut direka bagi mengelakkan pihak berkuasa dan orang ramai dapat kesan bahawa usahawan dan pempengaruh ini mempunyai kaitan dengan aktiviti haram.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pula berkata bahawa terdapat usahawan yang memasarkan dan menjual produk kosmetik dari Thailand yang diseludup.

Difahamkan, produk-produk tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk berada di pasaran.

kosmetik diseludup dari thailand

Ujarnya, ramai pempengaruh yang mempromosikan produk-produk berkenaan di akaun media sosial mereka.

Mereka tahu mereka ada jutaan pengikut yang akan membeli apa sahaja yang mereka recommend.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 days ago

Suami Isteri Dicekup Bersama RM1.2 Juta Dadah, Edar Sebagai Botol Minuman Kesihatan - "Mereka Aktif Sejak 2024"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NST

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...