Ramai Doktor Elak Bayar Cukai, Kerajaan Rugi Hampir RM1 Billion

Trending

Ramai Doktor Elak Bayar Cukai, Kerajaan Rugi Hampir RM1 Billion

Laporan The Malaysian Reserve mendedahkan, kira-kira RM1 bilion cukai tidak diisytiharkan oleh golongan profesional di negara ini dengan 20% daripadanya terdiri daripada pengamal perubatan (doktor).

Advertisement

Laporan itu memetik pengarah Hernancres Consultancy Tax Sdn Bhd, Desmond Anil, yang berkongsi angka itu berdasarkan anggaran konservatif.

Katanya, kira-kira 20,000 doktor yang mempraktis amalan itu di negara ini sahaja menyumbang kepada RM200 juta daripada RM1 bilion cukai yang tidak diisytiharkan daripada kalangan golongan profesional, lapor FMT.

Beliau berkata “tunggakan” tersebut berlaku dalam kalangan pengamal perubatan apabila doktor dan klinik beroperasi di bawah syarikat sendirian berhad, “Sendirian Berhad” (Sdn Bhd).

“Doktor akan mengisytiharkan perbelanjaan yang tidak berkaitan sebagai belanja boleh ditolak cukai di bawah terma Sdn Bhd. Ini termasuk pengubahsuaian rumah, pembelian kenderaan dan barangan perubatan yang tidak berkaitan yang lain,” petik kata Anil.

Menurutnya, di bawah Sdn Bhd, doktor beroperasi dengan liabiliti yang terhad dan kadar cukai maksimum 24 peratus.

“Sistem ini menyebabkan penyalahgunaan kerana ia membenarkan kawalan doktor untuk mengisytiharkan pendapatan, invois dan perbelanjaan mereka.

“Doktor yang mendapat “pendapatan tidak direkod” daripada bayaran pesakit juga sering tidak dilapor dalam kunci kira-kira mereka,” kata Anil.

Bagaimanapun, Anil memuji peraturan baharu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menghalang doktor menjalankan amalan di bawah syarikat sendirian berhad.

“Ia membolehkan semua pengamal perubatan bertanggungjawab sebagai pemilik tunggal,” katanya dalam laporan itu.

Peraturan baharu yang bermula bulan ini akan membolehkan profesional perubatan dengan pendapatan RM150,000 sebulan, mengisytihar cukai dan dengan itu menyumbang kepada pendapatan negara.

Minggu lepas, LHDN mengheret seorang pakar bedah jantung ke mahkamah atas kesalahan mengelak cukai berjumlah kira-kira RM6.5 juta.

Dr Lee Chiang Heng didakwa dengan sengaja mengelak membayar cukai bagi pendapatan yang diperoleh daripada amalan peribadinya di sebuah klinik dan perkhidmatan di hospital swasta, berjumlah RM25.06 juta, dari 2007 hingga 2011.

Tahun lepas, LHDN juga mengumumkan sedang memburu tiga kumpulan iatu doktor, peguam dan artis yang dikesan salah lapor pendapatan mereka.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.