Pelakon dan penyanyi, nama Lufya Omar menjadi tumpuan di bibir peminat apabila tular sebuah video memaparkan seorang wanita mirip aktor itu yang dirakam sedang diiring oleh seseorang di sebuah majlis perkahwinan.
Gara-gara video itu, ruangan komen media sosial Lufya dipenuhi dengan ucapan tahniah di atas ‘pernikahan’ itu.
View this post on Instagram
Lufya kemudiannya tampil menjelaskan bahawa dia maklum mengenai video tersebut dan mengakui menerima banyak soalan di DM yang bertanyakan mengenai ‘suami’ barunya.
Pelanduk 2 serupa barangkali. Ramai pula yang dm tanya suami baru arab. Lol.
Dalam pada itu, peminat tetap mendoakan agar ibu tunggal kepada seorang anak perempuan itu akan bertemu jodoh di masa akan datang.
Terdahulu, Lufya pernah mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Hafidz pada tahun 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia 6 tahun.
Bekas suami Lufya kemudiannya bernikah dengan pelakon Julai Farhana pada 14 Disember 2022.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.