“Ramai DM Maki Hamun” – Aishah Nafi Buka Aib Suami Kongsi Kisah Beli Beras, Minta Netizen ‘Relax’

Hiburan

“Ramai DM Maki Hamun” – Aishah Nafi Buka Aib Suami Kongsi Kisah Beli Beras, Minta Netizen ‘Relax’

Perkongsian penyanyi veteran, Aishah baru-baru ini tentang pengalamannya sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab membeli beras untuk keluarga telah mengundang rasa kurang senang dari kalangan netizen.

Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, dia telah menerima banyak mesej cacian serta teguran dari warganet kerana mendakwa beliau secara sengaja membuka aib bekas suami.

Advertisement

Dalam pada itu, penyanyi tersebut cuba mengingatkan pada orang ramai bahawa dirinya tidak berniat untuk membuka aib bekas suami, cuma mahu kongsi realiti pengalamannya saja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Sebelum ini, Aishah ada berkongsikan kegembiraannya menerima hadiah aksesori tangan jenama Pandora dari anak sulung, Armand Azhari sempena hari jadinya dan turut berkata sepanjang bergelar seorang isteri, dia tidak pernah ‘dimanjakan’ dengan pemberian hadiah.

Rata-rata netizen terkejut apabila wanita itu membuat perkongsian tersebut namun mendoakan agar beliau diberikan kebahagian serta kesihatan yang baik.

Sekadar info, pada penghujung November tahun lalu, penyanyi lagu Janji Manismu ini memaklumkan dirinya sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami, tetapi masih belum dapat dipastikan status perkahwinan mereka.

Aishah
2 years ago

"Seumur Hidup I Lah Isteri Yang Beli Beras.."- Aishah Beri Bayangan Kehidupan Rumah Tangga Sebelum Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...