Kebiasaannya, ramai ibu bapa yang selalu membiarkan anak-anak mereka menonton kartun semasa makan supaya mereka leka dan akan menghabiskan makanan. Namun, bukan sahaja kanak-kanak malah individu dewasa juga selalu dilihat akan membuka sesuatu movie atau drama untuk ditonton semasa makan.
Ini adalah kerana, tabiat tersebut adalah salah satu cara untuk kita menghilangkan bosan serta memberikan lebih fokus untuk makan. Ada fakta yang menyebut, kita akan makan dengan amaun yang lebih ketika menonton sesuatu jika nak dibandingkan dengan makan tanpa menonton apa-apa.
Cara ini juga kadang banyak digunakan oleh individu yang mengalami masalah susah makan atau tiada selera untuk makan. Dengan cara itu, mereka akan mampu untuk makan tanpa berfikir tentang masalah yang mereka hadapi.
Lelaki tonton video kartun semasa makan
Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @mikamyka yang memaparkan seorang lelaki sedang asyik menonton kartun di telefonnya semasa makan.
Dalam perkongsian video tersebut, lelaki itu dilihat makan dengan penuh berselera sambil memberikan sepenuh tumpuan pada kartun itu dan tidak menyedari gelagatnya itu sedang dirakam oleh rakannya kerana terlalu asyik menonton.
Pada penghujung video, lelaki itu kemudiannya kelihatan terkejut sebaik sahaja gelagatnya menonton kartun itu dikantoikan oleh rakannya sendiri.
Kebiasaannya hanya kanak-kanak sahaja yang sering menonton kartun terutamanya semasa makan. Namun melihatkan situasi yang dikongsikan ini, netizen memberitahu mereka juga selalu melakukan perkara yang sama walaupun sudah menginjak dewasa.
“Memang tabiat kalau nak makan kena bukak YouTube, tapi biasa tengok upin ipin lah”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 285.7 ribu tontonan, 33.9 ribu tanda like dan 1.6 ribu komen. Rata-rata netizen boleh relate dengan situasi yang dilalui oleh lelaki tersebut.
Ramai juga yang turut sama berkongsi pengalaman mereka dengan mengatakan mereka juga sering menonton kartun semasa makan sama seperti yang dilakukan lelaki tersebut.
Tidak kurang juga yang bersetuju mengatakan pastinya automatik leka bagi sesiapa yang menonton kartun semasa mahu makan.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara