Ramai Cerai Sebab Lama Terkurung Bersama Ketika PKP, Zul Ariffin Syukur Dirinya Belum Berkahwin

Hiburan

Ramai Cerai Sebab Lama Terkurung Bersama Ketika PKP, Zul Ariffin Syukur Dirinya Belum Berkahwin

Mendedahkan dirinya gembira menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, pelakon Zul Ariffin yang sebelum ini amat sibuk berlakon akui ia merupakan waktu terbaik untuk dirinya berehat panjang dan mempunyai masa untuk diri sendiri.

Advertisement

Namun begitu, Zul memaklumkan, beliau bagai nak gila selepas beberapa minggu duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti. Katanya lagi, perasaannya semakin membuak-buak untuk bekerja semula selepas duduk di rumah dalam tempoh yang panjang.

“Saya jadi malas dan berat badan mula bertambah selepas lama berehat. Selama ini, saya sibuk bekerja dan bertemu ramai orang. Tetapi, situasi ini pula berbeza, terlalu lama sangat duduk rumah membuatkan fikiran menjadi tepu dan perasaan mahu keluar bekerja semakin membuak-buak.”

Selain itu, Zul juga dilihat tidak segan memaklumkan dirinya tidak bosan meskipun belum mendirikan rumah tangga malah tetap bersyukur kerana mendapati banyak kes perceraian berlaku susulan terlalu lama terkurung bersama.

“Tiada istilah sunyi, malah saya bersyukur masih belum berkahwin. Lihatlah apa yang berlaku kepada kebanyakan pasangan yang sudah berumah tangga apabila terlalu lama terkurung bersama. Banyak pula kes perceraian yang berlaku. Situasi ini membuatkan saya lega sebab tidak berkahwin lagi.”

Untuk rekod, Zul mendedahkan, biarpun tiga bulan tidak bekerja, beliau juga khabarnya tetap bersyukur kerana tidak dihimpit sebarang masalah kewangan.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...