Umum mengetahui tiga negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sudah mula memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 4 Ogos 2021.
Menerusi laporan Astro Awani, terdapat beberapa kelonggaran mula diberikan kepada negeri yang sudah memasuki Fasa 3 PPN.
Salah satunya ialah makan di restoran atau dine-in terhad kepada dua oranng satu meja dengan mematuhi penjarakan fizikal.
Orang Perlis flex di media sosial
Dalam pada itu, tinjuan di laman sosial mendapati warga Perlis cukup berpuas hati dengan kelonggaran yang diberikan.
Ada yang cuba berkongsi gambar makan di restoran seakan-akan untuk membuatkan netizen cemburu memandangkan kelonggaran itu belum diperluas ke negeri lain.
Salam dine-in dari Perlis. pic.twitter.com/MJY64eXXPk
— izzi (@IzzRaifHarz) August 4, 2021
Salam Malaysia.. Dine in dari Perlis Indera Kayangan ?? pic.twitter.com/afVsFdFjTY
— mastura ibrahim (@MasturaI) August 4, 2021
Rata-rata netizen memang cemburu melihat mereka yang tinggal di negeri Perlis kerana dapat menikmati makanan di restoran itu sendiri.
never thought dine-in things will be the biggest flex. punyalah lama mco https://t.co/LcIOPvJdfq
— ?? (@notyourhanim) August 5, 2021
Sudden realisation, money wont make me happy, it's lepak and food. I miss em.? https://t.co/RIHEH0AnrF
— I dont know man (@duraraman) August 5, 2021
https://twitter.com/dinadin0t/status/1423202158833405952
Menurut salah satu pemuda yang berkongsi gambar tersebut, dia sungguh bersyukur pada saat ini Perlis dibenarkan untuk makan di restoran walaupun sebelum ini konon ada yang ‘mengejek’ Perlis tidak ada yang menarik.
Mesti penduduk di negeri lain pun ada keinginan seperti negeri yang berada di Fasa 3. Jadi, sama-samalah untuk patuhi SOP supaya kes Covid-19 menurun dan kelonggaran SOP dapat dilaksanakan.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara