April 6th, 2020

Sudah melayari bahtera rumah tangga  hampir 3 bulan, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pompom dihujani pertanyaan sama ada dirinya sedang hamil berikutan badannya yang kelihatan semakin berisi.

elly mazlein hamil

Menurut Elly menerusi satu perkongsian video di saluran YouTube miliknya, dia bersedia berkongsi berita gembira itu bila tiba waktunya nanti. Namun, buat masa ini, dia menjelaskan badannya sedikit berisi kerana sangat bahagia disamping suami tercinta dan keluarga.

Ramai cakap betul ke Mama dah mengandung? Tapi kalau betul kami akan beritahu. Buat masa sekarang, badan Kak Lina naik sebab sangat bahagia dengan suami, anak dan keluarga.

InsyaAllah, kalau betul Kak Lina mengandung, jangan risau Kak Lina akan beritahu semua orang khabar berita gembira ini.

Menerusi video itu, Elly turut bertanyakan mengenai spekulasi dia berbadan dua kepada suaminya, Mohamad Azlan Che Noh yang berkata biarlah perkara itu menjadi rahsia terlebih dahulu.

elly mazlein hamilDalam pada itu, Elly sempat juga berseloroh bahawa dia tidak sabar untuk menimang cahaya mata bersama suaminya itu.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 18 Januari lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, Elly memiliki seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia Azmi yang kini berusia tiga tahun.


One response to “Ramai Cakap Betul Ke Mama Dah Mengandung- Elly Mazlein Hamil?”

  1. Anonymous says:

    Cantik sgt rumah k. Lina… Dapur pn cantik… Suka sangat…… Bahagia n sweet je k. Lina n suami.. Smga berbahagia selamanya… Amin…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...