Tular seketika di media sosial apabila isteri pengarah terkenal Syamsul Yusof, Ira Kaza ada berkongsi rahsia dan petua resipi mengikat perut suami, sambal sotong di Instagram.
Masakan sotong tumis yang dimasak Ira ternyata menerima pujian yang cukup hebat bukan sahaja daripada ahli keluarga wanita itu tetapi juga netizen di luar sana.
Dia yang sebelum ini ‘mengunci’ akaun Instagram kepada privasi nampaknya sudah membukanya kepada umum dan semakin rancak berkongsi tips-tips dan resipi di dapur.
Malah, ada segelintir warga maya yang mendakwa stok sotong di pasaraya juga ‘sold out’ gara-gara resipi sambal tumis itu.
Sotong out of stock dekat pasar ni semua masak sotong ek harini
Ira dilihat tidak menang tangan ‘repost’ hantaran netizen dan turut memberi respon mengenai dakwaan sotong habis di ‘market’ itu.
Ya ampun serious ke ni? Ramai cakap benda sama ni. Bukan salah saya hahahah
Terdahulu, masakan Ira seperti bubur som som dan tomato bakar menerima pujian daripada masyarakat warga maya yang mengikuti perkembangan hidup isteri pengarah itu di media sosial.
Ira dan Syamsul pernah mencetuskan fenomena apabila mereka berdua bernikah secara senyap di Thailand pada 6 Januari lalu.
Ia kemudiannya menjadi pencetus kepada perceraian antara Syamsul dan bekas isteri pertama, Puteri Sarah Liyana setelah perkahwinan mereka dilanda badai sejak beberapa tahun yang lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.