Baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan dessert yang dikenali ramai iaitu Kieda Crepe sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas dirinya menjual sebekas Tiramisu berharga RM45.
Kieda perjelas jual Tiramisu harga RM45
Sedar dikecam ramai, Kieda tampil memperjelaskan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Tiramisu tersebut merupakan barangan yang mahal serta ‘premium’.
Mahal bukan kerana barang saja, tapi kerana tenaga dan cara nak buat dia tu. Barang Kieda pakai semua barang premium.
Kieda Explain Tiramisu dia pakai barang mahai & banyak guna tenaga 😭… cooca powder yang dipakai 5kg RM450 so kena la faham kenapa mahai pic.twitter.com/rOycrLgIDD
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) May 11, 2025
Cef tampil bersuara
Susulan perkara tersebut kini viral di platform media sosial, salah seorang cef tampil bersuara dengan menyatakan Tiramisu tidak sepatutnya mahal seperti itu.
Lagi-lagi barang yang didakwa ‘premium’ oleh usahawan itu sebenarnya tidaklah ‘premium’.
Nak jual tiramisu mahal boleh saja, tapi kena justified lah. Kalau bukan dari segi portion, menang pada kualiti. Tapi kalau dah dua dua out, mana orang tak mengamuk nya. RM40 tu you can get a very intricate dessert like petit gateu + very good tiramisu in Klang Valley area.
Netizen turut bersetuju dengan pendapat cef terbabit, di mana mereka merasakan harga yang diletak oleh Kieda sama sekali tidak masuk dek akal.