Written by AbangNara | May 15th, 2018

Pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan kini tiba lagi. Sudah tiba masanya untuk umat Islam di seluruh dunia untuk menjalankan ibadah puasa. Menahan lapar dan dahaga sepanjang hari bukanlah satu perkara mudah, lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Namun anda jangan risau, kami akan kongsikan beberapa tips untuk memudahkan anda berpuasa sepanjang 30 hari ini.

image

1. Jangan terlepas sahur

image

Bangun sahur adalah satu perkara yang agak sukar, namun kita harus gagahkan diri untuk bersahur setiap hari. Di sahur itu ada keberkatannya, walaupun sekadar hanya memakan sebiji buah kurma. Sahur juga memberi kita bekalan tenaga untuk mengharungi waktu berpuasa tanpa makan dan minum.

2. Minum 3 gelas air kosong ketika sahur

image

Selain daripada memakan nasi, lauk pauk dan kurma ketika bersahur, perkara paling penting yang TIDAK harus dilupakan ialah meminum air kosong. Sekurang-kurangnya kita harus meminum 3 gelas air kosong untuk memastikan badan kita tidak terhidrat sepanjang berpuasa. Lagi banyak lagi bagus tapi janganlah melampau sangat sampai 10 gelas.

3. Tidur sekejap selepas Zuhur

Sekiranya anda mempunyai masa terluang atau diberi sedikit kelonggaran oleh boss sepanjang Ramadhan ini, pastikan anda mengambil kesempatan untuk tidur sekejap selepas solat Zuhur. Dapat tidur dalam 20 minit pun jadi. Ia akan meng”recharge” kembali badan untuk rasa kembali bertenaga. Penat berpuasa pun akan hilang.

image

kalau ada kelapangan boleh pergi aktiviti berbuka puasa sebegini. Lebih seronok bila makan juadah berbuka beramai-ramai

4. Berbuka ala kadar

Masa berbuka sememangnya dinanti-nanti oleh kita semua ketika Ramadhan ini. Pastinya banyak lauk pauk dan juadah yang dimasak/dibeli. Namun janganlah kita makan kesemuanya sampai terlalu kenyang. Kalau boleh berbuka itu ala kadar sahaja. Nasi sepinggan beserta satu dua lauk pun dah cukup. Paling penting jangan sampai membazir membeli lauk berbuka di bazar Ramadhan dengan kuantiti yang terlalu banyak.

5. Rehat dengan secawan kopi OLDTOWN White Coffee selepas terawih

Sepanjang Ramadhan ini, pastikan anda tidak ketinggalan untuk melakukan solat terawih. Ia adalah ibadah istimewa yang HANYA ada pada bulan ini. Selepas berterawih, tibalah masa untuk anda merehatkan badan sambil menikmati sedikit juadah bagi mengisi perut sekali lagi. Sambil-sambil berehat dan makan, jangan lupa untuk untuk menikmati secawan kopi OLDTOWN White Coffee.

image

Sambil menghirup kopi OLDTOWN White Coffee, bolehlah kita merehatkan badan dan minda setelah seharian penat bekerja. Rasa kopinya yang lazat, unik dan menyegarkan pasti membuatkan kita rasa lebih tenang, fokus dan bersemangat untuk menghadapi hari esok. Sambil-sambil tue bolehlah berborak kosong dengan ahli keluarga dan bertanya khabar tentang hari mereka. Sambil relax, sambil mengeratkan lagi silaturahim.

image

Yang penting sekali jangan lupa untuk mengambil gambar anda meminum kopi OLDTOWN White Coffee tersebut dengan cara paling kreatif sekali dan muatnaik ke Facebook OLDTOWN White Coffee. Setiap minggu ada 1 hadiah utama dan 8 hadiah saguhati untuk dimenangi selama 3 minggu. Kiranya ada 3 grand prize dan 24 consolation prize untuk korang miliki. Banyak tue!!!

image

Hadiah utamanya bukan calang-calang iaitu sebuah Samsung Galaxy A8, 6 pek OLDTOWN White Coffee 3 dalam 1 Hazelnut dan 6 pek OLDTOWN White Coffee 3 dalam 1 Extra Rich. Hadiah saguhatinya pula ialah 6 pek OLDTOWN White Coffee 3 dalam 1 Hazelnut dan 6 pek OLDTOWN White Coffee 3 dalam 1 Extra Rich. Setiap pek OLDTOWN White Coffee ini mengandungi 15 sachet. Bolehlah buat stok sepanjang bulan Ramadhan ini.

image

Sekiranya anda dipilih sebagai pemenang, anda hanya perlu berikan bukti pemberian iaitu resit pembelian pek berkembar OLDTOWN White Coffee 3 dalam 1 Extra Rich atau Hazelnut yang bertarikh 15 Mei -10 Jun. Mana tau rezeki anda murah di bulan Ramadhan ini kan? Bolehlah cuba contest yang teramat mudah daripada OLDTOWN White Coffee ini. Maklumat lanjut boleh baca di sini. Selamat mencuba!!!

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 responses to Ramadhan Kini Kembali, Ini 5 Tips Untuk Memudahkan Anda Berpuasa

  1. Ros says:

    Old town white coffee ni produk instant. anything instant-berguni2 gula. sila avoid.

    2

    0
  2. wekkkkkkk says:

    kunci jam pukul3,
    tersedar pukul 2,
    termenung sekejap,
    nak sambung zzzzz,
    takut terlajak,
    ralit sekejap melayan mata..,
    aduhai…mengantuknyer,
    hmmmm…takpelah..,
    tidur sikit lagi,
    jam bunyi pukul 3,
    mata melekat mcm kena gam,
    tutup jam, dn tutup mata semula,
    sedar2 dah pukul 4.30am,..
    Allahuakbar, bergegas bangun,
    teringat nasi belum di masak,
    ting tong, ting tong, surpp..surpp kat dapur,
    Alhamdulillah, pukul5 terhidang semua,

    skrg misi mengejut suami dan anak-anak utk sahur,
    mcm2 ragam memasing, bila di paksa bangun..jam bergerak pantas,
    Hairan gak, yang penat memasak tak mengeluh kerenah,
    yang mengantok, yang mengcuka, hadap saja,
    sabo..je..,
    beginlah saban hari perjalanan ramadhan,
    rutin seorang isteri dan ibu,

    org lain enak/lena tidur,
    dia asik berjaga-jaga,
    bimbang x terkejut sahur,
    org lain enak di buai mimpi,
    dia asik berjaga-jaga,
    menjeling jam berkali2,
    bukan risaukn diri nya, tapi memikirkan keperluan keluarga,

    walaupun waktu dia uzur dan tak boleh puasa,
    tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa,

    duhai anak2 dna para suami,
    pernahkan terpikir pengorbanana ini,
    ramadhan masuk dh ni,
    mari tanya diri,
    sudah berapa kali anda menguncapkan terima-kasih, kepada mereka2 yg berkorban masa tidur utk menyiapkan hidangan sahur,

    t.kasih mama, masak kn yg sedap utk abang,
    terima -kasih mama, kerana kejut kn sahur,

    sungguh, setiap kali saya mendengar, kata-kata begini,
    terguris hati bercampuk gembira,
    sebaik kata2 mereka sudah cukup buat saya senyum lebar,

    ringankanlah mulut berterima -kasih,
    biar manis mulutmu itu yg mengikat kasih,

    selamat berdepan dengan detik-detik ramadhan ,
    semoga beroleh lailatulqadar yg diimpikan.

    “#buat ibu-ibu dalam BN ni..
    hehehhe

    1

    0
  3. Xandra says:

    Aku ketagih old town white coffee walopon tau ada side effect & unhealthy kalo overdose. Pnh stop minum time posa 2017 & berat turun skit & perut kurang buncit. Bila tak minum, craving dtg mcm nk gile. Dah mcm dadah..

    0

    0
  4. Bulan Ramadan datang lagi
    Setahun sudah muncul kembali
    BLACK CLOVER boleh dilayani
    Plastik hitam harus dihindari

    Selamat berpuasa

    0

    0
  5. Puasa pertama hari says:

    Hari ini puasa di lmbh klang area2 klang..s.almmm..cuaca 32 drjh celcius…tak pnas..x sejuk..horayyy

    0

    0
  6. Anonymous says:

    sunnah Rasulullah tidur sekejap sebelum Zohor ya. Mohon check balik fakta2 sebelum publish apa2 writing. Thanks :)

    0

    0

Leave a Comment

Optional