Pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan kini tiba lagi. Sudah tiba masanya untuk umat Islam di seluruh dunia untuk menjalankan ibadah puasa. Menahan lapar dan dahaga sepanjang hari bukanlah satu perkara mudah, lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Namun anda jangan risau, kami akan kongsikan beberapa tips untuk memudahkan anda berpuasa sepanjang 30 hari ini.
1. Jangan terlepas sahur
Bangun sahur adalah satu perkara yang agak sukar, namun kita harus gagahkan diri untuk bersahur setiap hari. Di sahur itu ada keberkatannya, walaupun sekadar hanya memakan sebiji buah kurma. Sahur juga memberi kita bekalan tenaga untuk mengharungi waktu berpuasa tanpa makan dan minum.
2. Minum 3 gelas air kosong ketika sahur
Selain daripada memakan nasi, lauk pauk dan kurma ketika bersahur, perkara paling penting yang TIDAK harus dilupakan ialah meminum air kosong. Sekurang-kurangnya kita harus meminum 3 gelas air kosong untuk memastikan badan kita tidak terhidrat sepanjang berpuasa. Lagi banyak lagi bagus tapi janganlah melampau sangat sampai 10 gelas.
3. Tidur sekejap selepas Zuhur
Sekiranya anda mempunyai masa terluang atau diberi sedikit kelonggaran oleh boss sepanjang Ramadhan ini, pastikan anda mengambil kesempatan untuk tidur sekejap selepas solat Zuhur. Dapat tidur dalam 20 minit pun jadi. Ia akan meng”recharge” kembali badan untuk rasa kembali bertenaga. Penat berpuasa pun akan hilang.

kalau ada kelapangan boleh pergi aktiviti berbuka puasa sebegini. Lebih seronok bila makan juadah berbuka beramai-ramai
4. Berbuka ala kadar
Masa berbuka sememangnya dinanti-nanti oleh kita semua ketika Ramadhan ini. Pastinya banyak lauk pauk dan juadah yang dimasak/dibeli. Namun janganlah kita makan kesemuanya sampai terlalu kenyang. Kalau boleh berbuka itu ala kadar sahaja. Nasi sepinggan beserta satu dua lauk pun dah cukup. Paling penting jangan sampai membazir membeli lauk berbuka di bazar Ramadhan dengan kuantiti yang terlalu banyak.
5. Rehat dengan secawan kopi OLDTOWN White Coffee selepas terawih
Sepanjang Ramadhan ini, pastikan anda tidak ketinggalan untuk melakukan solat terawih. Ia adalah ibadah istimewa yang HANYA ada pada bulan ini. Selepas berterawih, tibalah masa untuk anda merehatkan badan sambil menikmati sedikit juadah bagi mengisi perut sekali lagi. Sambil-sambil berehat dan makan, jangan lupa untuk untuk menikmati secawan kopi OLDTOWN White Coffee.
Sambil menghirup kopi OLDTOWN White Coffee, bolehlah kita merehatkan badan dan minda setelah seharian penat bekerja. Rasa kopinya yang lazat, unik dan menyegarkan pasti membuatkan kita rasa lebih tenang, fokus dan bersemangat untuk menghadapi hari esok. Sambil-sambil tue bolehlah berborak kosong dengan ahli keluarga dan bertanya khabar tentang hari mereka. Sambil relax, sambil mengeratkan lagi silaturahim.
Yang penting sekali jangan lupa untuk mengambil gambar anda meminum kopi OLDTOWN White Coffee tersebut dengan cara paling kreatif sekali dan muatnaik ke Facebook OLDTOWN White Coffee. Setiap minggu ada 1 hadiah utama dan 8 hadiah saguhati untuk dimenangi selama 3 minggu. Kiranya ada 3 grand prize dan 24 consolation prize untuk korang miliki. Banyak tue!!!
Hadiah utamanya bukan calang-calang iaitu sebuah Samsung Galaxy A8, 6 pek OLDTOWN White Coffee 3 dalam 1 Hazelnut dan 6 pek OLDTOWN White Coffee 3 dalam 1 Extra Rich. Hadiah saguhatinya pula ialah 6 pek OLDTOWN White Coffee 3 dalam 1 Hazelnut dan 6 pek OLDTOWN White Coffee 3 dalam 1 Extra Rich. Setiap pek OLDTOWN White Coffee ini mengandungi 15 sachet. Bolehlah buat stok sepanjang bulan Ramadhan ini.
Sekiranya anda dipilih sebagai pemenang, anda hanya perlu berikan bukti pemberian iaitu resit pembelian pek berkembar OLDTOWN White Coffee 3 dalam 1 Extra Rich atau Hazelnut yang bertarikh 15 Mei -10 Jun. Mana tau rezeki anda murah di bulan Ramadhan ini kan? Bolehlah cuba contest yang teramat mudah daripada OLDTOWN White Coffee ini. Maklumat lanjut boleh baca di sini. Selamat mencuba!!!