Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ramadhan Kali Ini Lain, Dulu Kena Sediakan Juadah Untuk Suami – Intan Liana

Intan Liana bukanlah selebriti popular tetapi beliau cukup dikenali dan mendapat perhatian ramai apabila konflik rumah tangga dan kes perceraian bersama pemuzik Ude Wahid yang berkahwin secara senyap dengan Izreen Azminda mula hangat diperkatakan.

Advertisement

Kini kehidupan Intan berubah sepenuhnya, menerusi sebuah temu ramah di portal Hijabista, Intan akui Ramadhan kali ini terasa berbeza kerana tiada lagi suami di sisi.

Ramadhan disambut macam biasa dengan keluarga. Cuma bezanya tiada suami di sisi. Kalau dulu saya akan fikirkan untuk sediakan juadah berbuka buat suami, tetapi kali ini hanya akan fikir untuk diri saya dan anak-anak.

Pada masa yang sama, Intan berkongsi bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal. Namun, beliau bersyukur mendapat sokongan daripada ahli keluarga yang memberikan semangat serta kekuatan untuk beliau berusaha dengan lebih keras untuk menyara kehidupannya serta anak-anak tercinta.

Buat masa ini Intan kena kerja lebih kuat untuk menyara keluarga. Apa saja kerja ditawarkan Intan akan terima. Semuanya untuk anak-anak. Mereka masih kecil dan tak tahu apa yang terjadi. Keluarga banyak bantu saya terutama berdepan saat sukar. Sekarang ini kalau saya kerja pun akan bawa anak kerana tidak ada yang menjaga mereka.

Meskipun sudah berpisah, Intan tidak pernah menghalang bekas suaminya untuk mengambil anak-anak dan meluangkan masa bersama. Beliau tiada niat untuk menjarakkan hubungan seorang bapa dengan anak-anaknya. Semoga Intan kekal tabah dan bertemu jodoh yang baik dan menerima diri beliau seadanya.

Sumber Berita : Hijabista

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 Comments

  1. fishball

    May 25, 2018 at 10:10 pm

    men are trash!! best la tahun ni tak payah nak siapkan jantan keparat yang konon namanye suami.. UGH GO TO HELL!

  2. anonymous

    May 25, 2018 at 3:23 pm

    taknak komen apa2 just nak cakap baju tudung bag tu cantik kena dengan you la intan….

  3. Raisya

    May 24, 2018 at 8:10 pm

    Susah sbenarnye seorang isteri nak move on dgn bekas suami bila lg tiada pergaduhan serius…dan pulak dlm sekelip mata mereka berpisah…bygkan baru bulan lepas bergurau senda tiba2 bulan ni berpisah…hanya kerana org ke-3…jgn kita paksa intan utk move on mahupun lupakan cinta yg lalu…itu cukup kejam rasanya…kerana org yg bercinta sahaja faham bagaimana perasaan apabila terpaksa melupakan org yg kita sayang…terasa sesak sgt nafas…terasa bercelaru sgt fikiran…biarla masa yg merawat semua tu…jika Allah masih memanjangkan jodoh mereka mana tau 1 hari nnt mereka bersatu kembali dan ketika itu semoga bekas suami tau menilai mana satu intan…mana satu kaca….moga intan teros tabah dan memohon dgn Allah dilapangkan hati…dan diberi ketenangan dlm hidup ni…

  4. I

    May 24, 2018 at 3:11 pm

    Rata rata kat sini yg suh intan move on..nati bole try sndri..klu Allah trunkan bende camni kt korg plok…ak X berani nk ckp lebey..Bert Mata memandang berat lagi baju memikul.

  5. mak cute

    May 24, 2018 at 12:30 pm

    mesti uda berbuka roti bakar si jering tu…ko hadam & hadap je la ude…

Loading...
To Top