Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ramadhan Kali Ini Lain, Dulu Kena Sediakan Juadah Untuk Suami – Intan Liana

Intan Liana bukanlah selebriti popular tetapi beliau cukup dikenali dan mendapat perhatian ramai apabila konflik rumah tangga dan kes perceraian bersama pemuzik Ude Wahid yang berkahwin secara senyap dengan Izreen Azminda mula hangat diperkatakan.

Advertisement

Kini kehidupan Intan berubah sepenuhnya, menerusi sebuah temu ramah di portal Hijabista, Intan akui Ramadhan kali ini terasa berbeza kerana tiada lagi suami di sisi.

Ramadhan disambut macam biasa dengan keluarga. Cuma bezanya tiada suami di sisi. Kalau dulu saya akan fikirkan untuk sediakan juadah berbuka buat suami, tetapi kali ini hanya akan fikir untuk diri saya dan anak-anak.

Pada masa yang sama, Intan berkongsi bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal. Namun, beliau bersyukur mendapat sokongan daripada ahli keluarga yang memberikan semangat serta kekuatan untuk beliau berusaha dengan lebih keras untuk menyara kehidupannya serta anak-anak tercinta.

Buat masa ini Intan kena kerja lebih kuat untuk menyara keluarga. Apa saja kerja ditawarkan Intan akan terima. Semuanya untuk anak-anak. Mereka masih kecil dan tak tahu apa yang terjadi. Keluarga banyak bantu saya terutama berdepan saat sukar. Sekarang ini kalau saya kerja pun akan bawa anak kerana tidak ada yang menjaga mereka.

Meskipun sudah berpisah, Intan tidak pernah menghalang bekas suaminya untuk mengambil anak-anak dan meluangkan masa bersama. Beliau tiada niat untuk menjarakkan hubungan seorang bapa dengan anak-anaknya. Semoga Intan kekal tabah dan bertemu jodoh yang baik dan menerima diri beliau seadanya.

Sumber Berita : Hijabista

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 Comments

  1. Penasihatwakanda

    May 27, 2018 at 6:28 pm

    Aku bukan nak suruh move on sbb memang la ssh nak move on,tapi statement bg kat media jgn la nmpak terhegeh2 lagi..berlakon la sikit dik non..tunjukkan bahagia hg,jgn raih simpati ja..meluat..dalam bilik hg nak teriak reyau pn xpa laa.seriously aku mcm setuju plk ngn kude tu

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama