Bila sebut sahaja nama pelakon Sharifah Sakinah, mesti ramai yang mengenali beliau dengan karakter selamba dan gila-gila. Biarlah dikecam teruk, beliau tetap dengan pendiriannya yang tidak mempedulikan segala kritikan. Untuk apa tertekan dengan persepsi orang lain?
Baru-baru ini, Sakinah dilihat menutup ruangan komen di akaun Instagramnya, ramai juga yang tertanya, ada apa-apa serius yang berlaku?
Namun, kata Sakinah demi menghormati bulan Ramadhan yang mulia, beliau menutup ruangan komen kerana tidak mahu terpengaruh dengan kata-kata negatif.
Hi semua, lupa nak wish dekat korang selamat menyambut ramadhan. Lepas itu, the reason why I turn off the comment sebab Sakinah tak nak baca my komen, takut terpengaruh pulak.
So, for this ramadhan mungkin tak sempat lagi menutup aurat, tapi sempat menutup komen di Instagram.
Alahai, ada sahaja gelagat Sakinah ini. Tidak dinafikan tutup aurat itu wajib tetapi kita juga perlu menjaga kata-kata di bulan Ramadhan. Barulah seiring kan?