Sama seperti umat Islam di seluruh dunia, Hong Kong yang didiami kira-kira 300,000 umat Islam ini juga turut merasai kenikmatan menjalani ibadah di bulan suci Ramadan.
Selain menyediakan banyak pilihan tempat makan dan kedai halal khas untuk umat Islam dan pelancong tempatan, Hong Kong juga dikenali sebagai bandar yang menghargai kepelbagaian tau.
Buktinya mereka mempunyai empat masjid besar iaitu Masjid Kowloon, Masjid Al Ammar, Masjid Jamie dan Masjid Chai Wan dan tempat ibadat yang lebih kecil. Memang takkan pening lah nak cari lokasi untuk menunaikan solat nanti. Betul tak?
Masjid Kowloon di Hong Kong
Bercerita mengenai rutin harian masyarakat Islam pada bulan Ramadan, kebiasaanya mereka akan berkumpul untuk solat Ramadan khusus dan berbuka puasa bersama di masjid. Pada waktu ini, para jemaah akan membawa makanan dan barangan keperluan untuk dikongsi di bersama.
Pun begitu, semenjak negara Hong Kong dilanda pandemik tahun lalu, masjid di sana juga telah ditutup lebih kurang separuh dari bulan Ramadan. Kata Imam Hong Kong, iaitu Muhammad Arshad, disebabkan oleh langkah-langkah keselamatan dan kesihatan, jemaah diminta menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka semasa solat di masjid.
Ketua Imam Muhammad Arshad di Masjid Kowloon
Tambah Ketua Imam ini, Ramadan tahun lepas dan tahun ini amat jelas berbeza kepada semua masyarakat di sini. Walaupun masih mengerjakan solat Terawih dan langkah-langkah penjarakan sosial serta keselamatan dilaksanakan, mereka masih tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan bersama untuk berbuka puasa.
Jika disingkap kenangan lalu, semestinya suasana norma baru ini tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Mana tidaknya, sebelum ini para jemaah akan membawa makanan dan minuman untuk dikongsi dengan masyarakat, kini semua itu perlu dihentikan seketika.
Kalau korang nak tahu, selalunya setiap malam Masjid Kowloon ini akan diadakan perhimpunan yang memuatkan kira-kira 1,500 hingga 2,000 tau! Ramai kan? Tetapi kini mereka hanya solat dengan kakitangan masjid sahaja. Tidak mengapalah, asalkan keberkatan itu ada.
Jika difikir-fikir, selain masjid, bagaimana pula dengan nasib para peniaga? Ternyata, pandemik ini turut memberi kesan kepada kedai makan halal di Hong Kong. Mereka juga harus mengubah strategi perniagaan restoran khusus pada bulan Ramadan.
Encik Ma, pemilik Restoran Ma, restoran Cina halal yang popular di Hong Kong
Di Hong Kong, sebut sahaja nama Restoran Ma ini, pasti ramai penduduk tempatan yang tahu dengan keunikan restoran Cina halal yang popular di kalangan umat Islam ini. Senang cerita, restoran ni memang akan jadi destinasi penduduk tempatan dan pelancong.
Resipi yang dihidang pun sedap-sedap tau, daripada mi daging lembu Shanghai, sup pedas hingga kepada stew daging anak lembu hinggalah pelbagai pilihan dimsum, semuanya memang menyelerakan. Inilah keistimewaan buat pelanggan Ma kerana mereka disajikan dengan menu Cina halal yang pelbagai.
Sebelum berlakunya pandemik, pelanggan digalakkan membuat pesanan makanan terlebih dahulu apabila mereka pergi ke restoran Ma untuk Iftar. Maklumlah ramai kan.
“Tetapi sisebabkan oleh sekatan perjalanan dan masalah kesihatan sekarang, trafik menjadi perlahan dan kebanyakan orang berasa lebih selamat untuk makan di rumah. Kami mula memberi lebih tumpuan kepada penghantaran melalui pihak ketiga dan pengambilan sendiri kerana pelanggan kami berasa lebih selesa menikmati makanan mereka di tempat persendirian” kata Encik Ma, pemilik Restoran Ma.
Bawa pulang Dimsum dari Restoran Ma
Berkongsi pandangan dari salah seorang peminat restoran Ma di Sham Shui Po iaitu Anisha Parvin dari Malaysia ini, dia baru sahaja memesan dimsum dari Restoran Ma untuk berbuka puasa bersama suami dan kedua anaknya.
Kata penduduk tempatan ini, dia telah berpindah ke Hong Kong sejak 12 tahun lalu selepas mengahwini suaminya. Disebabkan suaminya seorang warganegara Hong Kong, wanita ini sudah beberapa kali menjalani ibadah Ramadan di Hong Kong. Pastinya banyak pengalaman yang ingin dikongsi kan.
Mengenang kembali masa lalu sebelum pandemik melanda, masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui ini akan memberikan makanan percuma pada bulan Ramadan. Selalunya, hidangan yang disediakan termasuklah bubur panas, samosa dan jus pada waktu berbuka. Kebiasaanya, orang ramai akan pergi lebih awal untuk ambil makanan tersebut untuk mengelakkan kesesakan.
“Kadang-kadang, kami pergi ke Masjid al Amar di Wan Chai untuk berbuka puasa. Semasa Ramadan, selama 30 hari, mereka menawarkan makanan percuma kepada semua umat Islam untuk berbuka puasa”
Selain dimsum dari Restoran Ma tadi, Anisha juga selalu mengunjungi Pusat Kantin Islam di Masjid al Amar untuk memakan dimsum. Kini, Anisha dan keluarganya hanya berbuka puasa di rumah bersama keluarga tersayang.
“Dalam tempoh 10 tahun lalu, nak dapatkan produk halal tu memang susah,tetapi sekarang ni mudah je, ketersediaan makanan dan bahan halal pun dah meningkat dengan ketara. Sekarang, kami boleh dapatkan banyak barangan halal dari Malaysia atau Indonesia, boleh lah kami masak semuanya dengan mudah!”
Kalau di Malaysia ada pasar malam atau market kan? Ha, Hong Kong pun mestilah ada! Pasar yang dinamakan Tsim Sha Tsui inilah merupakan lokasi Anisha dan keluarganya biasanya mendapatkan ayam dan daging merah halal mereka. Ikan serta sayur-sayuran mereka pula dari pasar Tseung Kwan O atau pasar Sheung Tak. Menarik tak guys?
Muzzil Khairat di Masjid Kowloon
Kalau nak cakap mengenai kepelbagaian kedai makan di Hong Kong pula, memang banyak! Kata seorang rakyat Malaysia yang dikenali Muzzil Qayyum Khairat ini, dia memang selalu pergi ke kedai makanan dan minuman halal di seluruh Hong Kong tau.
Sepanjang dia berpindah ke Hong Kong untuk bekerja pada tahun 2019, sebenarnya terdapat beberapa tempat makan halal di seluruh Hong Kong terutamanya makanan Cina halal yang terkenal berbanding dengan makanan halal Turki atau Asia Selatan adalah Makanan Islam di Bandar Kowloon dan Pusat Kantin Islam di Wan Chai.
“Saya pernah bawa seorang rakan bukan Islam untuk makan di kantin di Wan Chai dan beliau berkata ia antara dim sum yang terbaik di bandar, apatah lagi dengan harga yang sangat berpatutan untuk dim sum”
Muzzil di Puncak Kowloon dan Puncak Lantau
Disebabkan Muzzil ini seorang yang aktif dan mementingkan kesihatan, dia akan memasak makanan sendiri untuk mengutamakan kualiti makanan tersebut.
Ketika ditanya mengenai kedai makanan halal,dia turut berkongsi kedai daging halal yang dikunjungi semenjak tahun 2019 iaitu kedai runcit halal di Cheung Sha Wan atau Sham Shui Po. Macam-macam ada!
Walaupun bahan makanan dan restoran halal senang dijumpai di seluruh Hong Kong, Anisha and Muzzil masih merindui Malaysia Bukan apa, Ramadan dan Raya ini kan sambutan sekeluarga dan difahamkan, kedua-dua keluarga mereka masih berada di Malaysia. Yelah, pergi mana mana sekalipun, tetap tak boleh menandingi negara ‘tumpahnya darahku’ ini, hehe.
Untuk menghilangkan rasa rindu kerana mereka berada jauh dari rumah, kedua-dua Anisha dan Muzzil kebiasaannya akan berpanggilan video dengan keluarga mereka di Malaysia sepanjang bulan Ramadan, dan pada hari Raya pertama.
Anisha dan keluarga suaminya di Hong Kong, selalunya akan pergi ke Masjid Kowloon untuk solat Raya mereka. Kata Anisha, sebelum pandemik ini, sesi solat terpaksa dibuat sampai tiga sesi tau, punyalah ramai tu kan.
Katanya, semua umat Islam di Hong Kong akan berada di sini, jadi korang boleh bayangkan tak orang yang ramai dan semua orang memakai pakaian baharu bawah satu bumbung? Nikmat betul kan, terubat rindu suasana di Malaysia.
Ketua Imam Muhamad Arshad
Walaupun amalan tertentu telah berubah, Ketua Imam Arshad turut menekankan bahawa Ramadan adalah bulan yang menuntut umat Islam untuk bersatu melangkaui agama, tetapi dengan umat manusia secara keseluruhan.
“Cabaran yang datang dengan pandemik ini telah menyatukan kita semua bersama untuk mempertahankan diri tanpa mengira warna kulit, kepercayaan dan negara. Ramadan mengajar kita disiplin, kebertanggungjawapan diri dan menjaga orang lain, jadi tidak ada masa yang lebih baik untuk mempraktikkannya daripada bulan suci ini”
HKTB membawa Hong Kong kepada masyarakat Islam pada bulan Ramadan
Pelancongan halal sememangnya tumpuan Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) yang berusaha untuk mempromosikan Hong Kong sebagai destinasi pelancongan Mesra Muslim. Untuk pengetahuan korang, pada bulan ramadan ini, HKTB telah bekerjasama dengan portal pelancongan Muslim yang terkenal iaitu Have Halal Will Travel (HHWT) untuk meraikan musim perayaan dengan umat Islam di seluruh wilayah ini.
Macam-macam aktiviti yang akan dianjurkan yang melibatkan aktiviti maya, lagi seronok tu bila boleh cerita mengenai umat Islam yang memperhatikan Ramadan di Hong Kong, rancangan memasak yang menampilkan resipi Hari Raya bertema khas Hong Kong, dan Bazar Ramadan dalam talian. Best kan!
Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati https://www.discoverhongkong.com/seasia/explore/muslim-travel.html dan https://helloramadan.com/