Ramadan Menjelang Tiba, Peniaga Boleh Mohon Permit Tapak Bazar Shah Alam Mulai 17 Januari Ini

Berita

Ramadan Menjelang Tiba, Peniaga Boleh Mohon Permit Tapak Bazar Shah Alam Mulai 17 Januari Ini

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad memaklumkan bahawa orang ramai kini boleh membuat permohonan tapak sewa bazar ramadan mulai 17 Januari hingga 16 Februari ini.

Seperti laporan Astro Gempak, permohonan itu boleh dibuat menerusi laman sesawang eBazar MBSA, https://bazar.mbsa.gov.my.,

Advertisement
Bazar RamadanSumber : Google  

 

Antara lokasi tapak bazar adalah di Sekyen 6, 7, 8, 16, 17, 18, 19, 20, 24, 25, 27, 28, 31, 33, 35, U2, U3, U5, U8, U10, U13, U19 dan U20.

Orang ramai perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian dan memuat naik salinan dokumen diperlukan dengan lengkap sebelum proses pendaftaran dilaksanakan.

Jelasnya lagi, enam jenis jualan dengan kadar bayaran berbeza telah disenaraikan.

Bazar RamadanSumber : Google  

 

“Jualan makanan dan minuman dalam balang masing-masing pada kadar bayaran RM207. Jualan makanan (bergoreng), air kelapa / tebu dan jualan berbakar masing-masing RM237 manakala ayam golek pada kadar RM297..” maklumnya lagi.

Manakala orang ramai yang mempunyai pertanyaan berkenaan permit bazar ramadan boleh menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-55105133.

11 bulan lalu

“Kami ‘Standby’ Kalau Diserbu” - Kebanyakan Peniaga Jadikan Pelitup Muka Sekadar ‘Aksesori’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...