“Ramadan Ini Perit, Sangat Perit” – Amyza Adnan Terima Ketentuan Allah Atas Kehilangan Anak Sulung

Hiburan

“Ramadan Ini Perit, Sangat Perit” – Amyza Adnan Terima Ketentuan Allah Atas Kehilangan Anak Sulung

Pelakon Amyza Adnan mengakui berasa ralat kerana tidak sempat berada di sisi anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail ketika menghembuskan nafas terakhir pada malam Isnin.

Amyza, 51, bagaimanapun reda dengan ketentuan Ilahi meskipun sebagai seorang ibu, dia menyimpan rasa terkilan kerana tidak dapat menemani anaknya pada detik akhir.

Advertisement

“Rasa dia tahu saya ini emak yang berkepit dengan anak 24 jam. Saya memang protective dan dia tahu perangai saya macam mana. Mungkin dia tak mahu saya melihat saat dia pergi. Dia mungkin takut saya tak boleh ‘move on’.”

“Dia pergi ketika saya balik ke rumah untuk bersihkan diri. Baru sahaja sampai rumah dan selesai mandi, saya terima panggilan.”

“Mereka beritahu oksigen dia sudah menurun. Saya memang ralat. Mestilah sebagai ibu saya nak ada di sisi dia, tapi tak ada rezeki.”

Mengulas mengenai peribadi Andre, Amyza menyifatkan anaknya itu sebagai seorang yang sangat baik dan tidak pernah meninggikan suara sepanjang hayatnya.

“Tak ada ibu yang tak puji anak sendiri, kan? Tapi saya puji dia sebab memang itu sifatnya. Dia tak pernah meninggikan suara, tak pernah melawan. Dengan adik-adiknya pun tak pernah bergaduh, tak pernah berkasar.”

Dalam pada itu, Amyza mengakui Ramadan kali ini antara yang paling perit buat dirinya kerana diduga dengan ujian berturut-turut.

“Ramadan ini sangat perit. Tahun lepas hanya dia seorang yang sakit. Tahun ini saya dapat tahu tentang Adrian pula dan tahun ini juga dia tinggalkan saya. Memang perit.”

Terdahulu, Allahyarham Andre Mikhail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada jam 10.40 pagi selepas disolatkan di Masjid Al Khairiah, Keramat AU3, Kuala Lumpur. Andre menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada jam 10.15 malam Isnin akibat kanser paru-paru.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-24 10:50:05

Suami Amyza Aznan Kongsi Detik Akhir Bersama Anak - "Dia Selalu Tanya Kenapa Makin Lemah, Tak Kuat.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...