Rakyat Terima Baik Tiga Pengumuman ‘Luar Biasa’ Oleh PMX – “Nampak Kecil Tapi Memang Ditunggu-Tunggu..”

Berita

Rakyat Terima Baik Tiga Pengumuman ‘Luar Biasa’ Oleh PMX – “Nampak Kecil Tapi Memang Ditunggu-Tunggu..”

Sedia maklum, pada 10.40 pagi tadi, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun membuat pengumuman ‘luar biasa’ buat rakyat yang ditunggu-tunggukan sejak beberapa hari yang lalu.

Rakyat puas hati dengan pengumuman PM

Susulan pengumuman tersebut diumumkan, ramai rakyat meluahkan rasa puas hati dan merasakan setiap bantuan wang yang diberi, bermakna buat mereka.

Advertisement

Melalui laporan Harian Metro, penghantar p-hailing,Muhammad Syaheed Ismail merasakan dengan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter merupakan berita yang paling ditunggu-tunggukan.

Petrol adalah kos operasi harian kami yang paling besar. Walaupun penjimatan nampak kecil setiap kali isi minyak, tapi bila dikumpul sebulan, ia sangat signifikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Membantu dalam banyak perkara

Dalam pada itu, peniaga bernama Sarana Gopal, 72 melihat pakej bantuan RM100 merupakan satu rahmat yang memberi manfaat buatnya.

Paling seronok, cuti umum tambahan pada 15 September ini. Cuti panjang empat hari bermula Sabtu, 13 September hingga Selasa 16 September mesti kami manfaatkan dengan pulang ke kampung untuk luangkan masa dengan keluarga.

Dalam pengumuman tersebut, PM memaklumkan bahawa setiap rakyat yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahman (SARA), harga minyak RON95 diturunkan lebih rendah sebanyak RM1.99 seliter dan rakyat diberikan pelepasan am pada 15 September sempena Hari Malaysia pada 16 September.

anwar ibrahim
2025-07-23 11:05:35

(TERKINI) PMX Umum Pengumuman 'Luar Biasa' Buat Rakyat, Terima RM100 & Harga Minyak RON95 Jauh Lebih Rendah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...