Rakyat Syria Dibunuh Dengan Senjata Kimia, Ini 7 Fakta Mengenai Gas Sarin..

Trending

Rakyat Syria Dibunuh Dengan Senjata Kimia, Ini 7 Fakta Mengenai Gas Sarin..

Beberapa hari lepas, dunia dikejutkan dengan satu siri pembantaian etnik yang dilakukan oleh Rejim Basyar ke atas rakyatnya di Syria.

Advertisement

Insiden yang meragut hampir 100 nyawa dan 300 lagi cedera akibat terhidu bahan kimia yang dilepaskan melalui udara oleh jet pejuang mereka .

Kekejaman yang dilakukan oleh Rejim Basyar itu mula tersebar diseluruh dunia melalui video yang berdurasi 2 minit yang dirakam penduduk tempatan.

Kelihatan puluhan mayat bertebaran di tengah jalan raya, ada yang sudah menemui ajal, ada juga yang sedang nyawa-nyawa ikan . Ternyata ianya satu jenayah kemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia.

Apakah Gas Sarin?

Sarin atau GB , adalah larutan organoposphorus dengan formula (CH3)2CHO]CH3P(O)F. Ia merupakan cecair yang tidak berwarna dan tidak berbau yang digunakan sebagai senjata kimia yang memberi kesan yang sangat dasyat sehinggakan boleh melumpuhkan sistem saraf (nerve agent) .

Gas Sarin telah dikategorikan sebagai ” Senjata Pembunuh Massal” pada Resolusi PBB 687. Pada Konvension Senjata Kimia 1983, negara-negara yang terlibat telah dilarang daripada menggunakan, menyimpan atau memproses Gas Sarin kerana ianya diklasifikasikan sebagai senjata kimia level 1.

Kesan Gas Sarin

Gas Sarin merupakan senjata kimia yang paling cepat berkesan ke atas mangsanya . Ia boleh merebak melalui sentuhan pada kulit ,mata dan bau.

Jadi, apabila terhirup atau diserap melalui kulit, gas ini membunuh dengan melumpuhkan pusat pernafasan dari sistem saraf pusat dan melumpuhkan otot-otot sekitar paru-paru.

Gejala yang muncul apabila seseorang terkena gas ini antara lain mual dan sakit kepala parah, penglihatan kabur, kejang otot, gangguan pernapasan dan kehilangan kesadaran.

Penawar?

Ada penawar bagi Gas Sarin , tetapi disebabkan tindak balas agen saraf ini yang begitu pantas, mereka yang terjejas perlu segera dirawat untuk diselamatkan.

Pencabulan Hak Asasi Manusia

Ini bukanlah kali pertama mereka melepaskan senjata kimia ini keatas orang awam , tetapi kali ketiga sejak 2011 . Pihak Basyar telah menafikan perkara ini dan menuding jari kepada pihak pemberontak .

Siapa pun yang melakukannya, ia dianggap perlakuan keji kerana membunuh orang awam yang tidak berdosa, kanak-kanak dan wanita khususnya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...