Rakyat Singapura Panik Sanggup Beratur Panjang Di Ikea Sebelum Arahan ‘Lockdown’ Berkuatkuasa

COVID-19

Rakyat Singapura Panik Sanggup Beratur Panjang Di Ikea Sebelum Arahan ‘Lockdown’ Berkuatkuasa

Pada hari ini, Singapura telah menguatkuasa arahan penutupan sekolah dan beberapa perniagaan yang tidak penting (non essential) selama sebulan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Sebaik sahaja arahan itu diumumkan, rakyat Singapura mula panik dan keluar dari rumah untuk mendapatkan barangan keperluan rumah.

Apa yang menarik perhatian ramai, IKEA menjadi salah satu lokasi hangat yang dituju apabila orang ramai sanggup beratur panjang di luar bangunan. Orang ramai dilihat beratur dan sanggup menunggu giliran mereka dalam masa yang sama ianya meletakkan risiko terdedah kepada wabak tersebut.

Advertisement

Selain daripada risiko penyebaran wabak itu, ada juga yang membawa anak kecil dan ikut beratur bersama di dalam situasi ini. Sehinggakan ramai yang tertanya-tanya adakah terdapat keperluan yang sangat penting di IKEA berbanding supermarket lain yang menjual barangan keperluan rumah yang lebih mustahak.

Ada juga yang mengatakan ianya adalah pembelian saat akhir di mana mereka perlu memberi barangan yang sudah lama tertangguh di sana.

Beberapa rakyat Singapura sendiri turut menyindir mereka yang sanggup beratur ini kerana tidak memahami arahan dan peraturan ‘social distancing’ yang cuba dilakukan. Seperti apa yang dilakukan di Malaysia, pasar raya yang menjual barangan keperluan rumah masih lagi dibuka untuk orang ramai di dalam tempoh sebulan ini.

Setakat maklumat yang dikumpulkan semalam, Menteri Kesihatan Singapura memberitahu mereka telah menerima 66 kes terbaru menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 1,375. Singapura juga telah membuat kuarantin kepada 20,000 pekerja asing yang dipercayai telah berkait dengan kes jangkitan yang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...