Pada hari ini, Singapura telah menguatkuasa arahan penutupan sekolah dan beberapa perniagaan yang tidak penting (non essential) selama sebulan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Sebaik sahaja arahan itu diumumkan, rakyat Singapura mula panik dan keluar dari rumah untuk mendapatkan barangan keperluan rumah.
Apa yang menarik perhatian ramai, IKEA menjadi salah satu lokasi hangat yang dituju apabila orang ramai sanggup beratur panjang di luar bangunan. Orang ramai dilihat beratur dan sanggup menunggu giliran mereka dalam masa yang sama ianya meletakkan risiko terdedah kepada wabak tersebut.
this was the scene outside Ikea SG today. what could the emergency be? meatballs? it’s not like Ikea sells coffins (which this crowd may well need soon).
100am donki+ntuc were like end of the world.
massive queues outside nespresso and bubble tea shops too. #firstworldproblems pic.twitter.com/4NQ59fFeKs
— Edward C. Yong ? (@infernoxv) April 4, 2020
Selain daripada risiko penyebaran wabak itu, ada juga yang membawa anak kecil dan ikut beratur bersama di dalam situasi ini. Sehinggakan ramai yang tertanya-tanya adakah terdapat keperluan yang sangat penting di IKEA berbanding supermarket lain yang menjual barangan keperluan rumah yang lebih mustahak.
Ada juga yang mengatakan ianya adalah pembelian saat akhir di mana mereka perlu memberi barangan yang sudah lama tertangguh di sana.
Beberapa rakyat Singapura sendiri turut menyindir mereka yang sanggup beratur ini kerana tidak memahami arahan dan peraturan ‘social distancing’ yang cuba dilakukan. Seperti apa yang dilakukan di Malaysia, pasar raya yang menjual barangan keperluan rumah masih lagi dibuka untuk orang ramai di dalam tempoh sebulan ini.
Setakat maklumat yang dikumpulkan semalam, Menteri Kesihatan Singapura memberitahu mereka telah menerima 66 kes terbaru menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 1,375. Singapura juga telah membuat kuarantin kepada 20,000 pekerja asing yang dipercayai telah berkait dengan kes jangkitan yang lain.