Memetik laporan Malay Mail, menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi, rakyat Singapura difahamkan sudah merancang untuk ‘masuk’ ke Malaysia melalui pintu sempadan Woodlands dan Tuas.
Kesesakan lalu lintas yang teruk
Susulan itu, orang ramai diminta untuk bersiap sedia menghadapi masalah lalu lintas yang dijangka akan teruk pada hujung bulan ini.
Menurut pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), tempoh puncak kesesakan dijangka akan bermula pada 24 Januari (Jumaat) sehingga 2 Februari (Ahad), di mana sambutan Tahun Baru Cina akan disambut pada 29 Januari (Rabu).
Susulan itu, pihak ICA memberi cadangan agar orang ramai menggunakan sistem pelepasan kod QR, di mana ia lebih pantas berbanding pasport serta digalakkan menaiki bas melalui aplikasi MyTransport.SG ataupun laman web pengendalian bas yang lain.
Sambutan Tahun Baru Cina lebih meriah di Malaysia
Antara faktor-faktor menyebabkan rakyat Singapura ‘menyerbu’ Malaysia pada hujung bulan ini kerana sambutan Tahun Baru Cina lebih meriah seperti ada persembahan tarian singa, pertunjukan bunga api dan pesta makan besar.
Kawasan yang akan menjadi tarikan pelancong adalah Kuala Lumpur, Penang serta Melaka kerana adanya perayaan secara besar-besaran dilakukan di kuil, rumah ibadat dan jalanan.