Peningkatan kes baharu akibat pandemik COVID-19 sejak kebelakangan ini telah menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat.
Turut memberi pendapat mengenai isu itu, bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Khai turut meluahkan perasaan kecewa dan sedih menerusi ruangan Twitter miliknya.
Menurut Khai, dia merasa kesal kerana ada segelintir pihak yang didakwanya culas dalam mengikuti Standard Of Procedure (SOP) yang telah ditetapkan serta layanan yang tidak sama antara rakyat dan orang atasan.
Rakyat ikut semua SOP, tak pakai mask kena saman. Sy pun pernah kena sound kt restoran tgh mkn diminta pakai juga mask tp letak bwh dagu, mcm tu sekali suruh rakyat patuh SOP. Tp orang atasan main langgar je semua. Lepas tu BEBAS buat2 tak tahu! No saman, No kuarantin & No Swap?
— Khai & Rosma (@KhaiWahi) October 2, 2020
Dia dalam pada itu sempat menceritakan pengalaman pernah dimarahi kerana tidak memakai pelitup muka dengan meskipun sedang menjamu selera di sebuah restoran.
Sekadar info, terdapat 354 kes baru dicatatkan dengan 6 kematian sehingga tarikh 9 Oktober 2020. Statistik kematian semalam merupakan angka tertinggi pernah dicatatkan sejak wabak ini melanda Malaysia.
Pakai pelitup muka ketika berada di luar dan sentiasa jaga kebersihan diri. Jika tiada keperluan untuk keluar, sila berada di rumah dalam usaha mengekang penularan wabak merbahaya ini #stayathome #kitajagakita .
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.2 Comments
Loading...
Sandha
October 13, 2020 at 9:22 pm
Halloooo bukan standard of procedure.. Standard OPERATING procedure!!!
Ra
October 11, 2020 at 9:17 am
Kau jangan memandai mengada nak bg statment , menghasut namanya tu…kena tangkap batu padan muka, bila masa ada double standard pulak agong pun kena swab