Rakyat Selangor Sah Akan Lalui Bulan Ramadan Tanpa Bazar Pada Tahun Ini

COVID-19

Rakyat Selangor Sah Akan Lalui Bulan Ramadan Tanpa Bazar Pada Tahun Ini

Antara sesuatu yang dinantikan setiap kali bulan Ramadan pastinya penganjuran bazar Ramadan yang meriah dengan pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Namun, oleh kerana situasi terkini di Malaysia, penganjuran bazar Ramadan telah dibatalkan di Selangor dan juga beberapa negeri yang lain.

Penularan wabak COVID-19 tidak mengizinkan penganjuran bazar dilakukan pada bulan Ramadan kali ini yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini. Risiko dan potensi yang lebih tinggi boleh berlaku sekiranya orang ramai berada di kawasan sesak di tempat awam.

Advertisement

Pengumuman pembatalan bazar Ramadan ini telah disahkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari di dalam sidang media semalam. Beliau sebelum itu telah membentangkan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 untuk rakyat Selangor.

Jika kementerian (KKM) saran boleh buat, kita buat tetapi setakat ini ditangguhkan dahulu. Saya percaya nanti, akan akan ada bazar Ramadan dalam talian, kerana akan ada keupayaan untuk penghantaran dalam talian.

bazar ramadan

Keputusan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan turut dilakukan oleh Negeri Sembilan dan Terengganu sebelum ini. Memandangkan Malaysia kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ianya tidak memungkinkan orang ramai untuk keluar bersesak di tempat awam.

Pembatalan anjuran ini juga boleh dilihat dari sudut positif bagi mengelakkan pembaziran bekalan makanan di Malaysia. Seperti kebiasaannya, pembaziran makanan semasa bulan Ramadan dilaporkan lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya. Dalam keadaan sekarang, pembatalan ini adalah sesuatu yang wajar dilakukan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...