“Rakyat Palestin Rela Mati Di Tanah Air Sendiri, Akan Dihantar Pulang Setelah Selesai Rawatan” – Menteri Luar Negeri

Berita

“Rakyat Palestin Rela Mati Di Tanah Air Sendiri, Akan Dihantar Pulang Setelah Selesai Rawatan” – Menteri Luar Negeri

Memetik Sinar Harian, Malaysia akan menghantar pulang rakyat Palestin yang dibawa ke negara ini tempoh hari setelah selesai rawatan perubatan terhadap mereka.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar, Mohamad Hasan di mana dia berkata komitmen itu diberikan kepada pemimpin Palestin sebelum rakyat negeri itu yang cedera menerima rawatan di Malaysia.

Advertisement

Difahamkan, berdasarkan rundingan sebelum ini, rakyat negara bergolak itu lebih rela mati di tanah air sendiri berbanding di negara lain selain mereka juga  sebenarnya tidak mahu pun meninggalkan tanah air tercinta iaitu Palestin.

Janji kita dengan Palestin, mereka ini tak nak keluar dari Palestin, mereka rela mati di negara mereka. Mereka nak mati di tanah air sendiri, jadi kita kena hantar mereka pulang.

Saya berbincang dengan pemimpin Palestin, mereka tak mahu ke Jordan dan sebagainya, biarlah mereka mati di situ.

Tapi kita sebagai masyarakat antarabangsa, negara mempunyai hati terhadap penderitaan, sedikit yang kita buat tu janganlah jadi sebagai perkara yang dihebohkan sangat.

Hasan berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan persidangan sayap Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

@hariandinamik

Alhamdulillah, Selamat pulang ke tanah air A400M TUDM! 2 buah pesawat pengangkut taktikal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mendarat di Subang pada jam 2 petang hari ini. Kedua-dua pesawat ini telah membawa sejumlah rakyat P4lestin yang cedera untuk menjalani rawatan di Malaysia. Terima kasih buat YAB PM Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Menhan Datuk Seri Khaled Nordin dan seluruh warga Tentera Malaysia (ATM) khususnya TUDM yang telah menjayakan misi ini! @Anwar Ibrahim @Mohamed Khaled Nordin @mindefmalaysia #malaysiamadani #malaysia #malaysiatiktok #malaysiaupdate #pmx #mindef #tudm #viral #fyp #fyp??viral #viralvideo #fyppppppppppppppppppppppp #fypage

? Palestina Menangis – DJ Boqie

Sementara itu, Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin turut memaklumkan bahawa Malaysia tidak mempunyai perancangan bagi penerbangan kedua bagi membawa masuk rakyat Palestin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Izara Aisyah selar tindakan orang kritik usaha kerajaan rawat rakyat palestin
4 months ago

"Ingat Mereka Nak Sangat Ke Jadi Rakyat Malaysia?" - Izara Aishah Selar Individu Perlekeh Usaha Kerajaan Rawat Rakyat Palestin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...