Rakyat Malaysia Tidak Bersetuju Pembinaan Lapangan Terbang Kulim

Trending

Rakyat Malaysia Tidak Bersetuju Pembinaan Lapangan Terbang Kulim

Peruntukan bernilai RM 1.6 bilion telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim di Kedah.

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, lapangan terbang dibina untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah seperti terkandung dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11.

Advertisement

 

 

Namun, boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia menolak rancangan tersebut kerana terlalu dekat jarak dengan lapangan terbang yang lain. Lebih dekat lagi, Ketua Menteri Pulau Pinang minta penjelasan Kedah mengenai status pembinaan lapangan terbang ini terlebih dahulu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan Pulau Pinang juga mahu penjelasan daripada negeri Kedah berhubung status lapangan terbang di Kulim itu, sama ia kategori kargo atau penumpang.

Ramai yang tidak berpuas hati lapangan terbang ini dilaksanakan. Antara komen-komen warga net yang tidak berpuas hati.

Hebatnya Kedah ada tiga ‘airport’, perli netizen

Banyak projek di Sarawak dibatalkan sebab menjadi negeri pembangkang

This is ‘daddykasi’

Ada juga sesetengah masyarakat menyeru untuk hapuskan tol lagi bagus daripada membina Lapangan Terbang Kulim.

Bukan mereka sahaja yang tidak bersetuju malah ramai lagi yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pembinaan Lapangan Terbang Kulim di Kedah itu. Janganlah bazirkan duit negara untuk kesenangan politik masing-masing, mangsanya adalah rakyat.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...