Rakyat Malaysia Tersentuh Membaca Luahan Hati Datuk Lee Chong Wei Menjelang Hari Merdeka

Trending

Rakyat Malaysia Tersentuh Membaca Luahan Hati Datuk Lee Chong Wei Menjelang Hari Merdeka

Tiba detik 12 malam ini rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 tahun. Pastinya ramai yang tidak sabar untuk meraikan tarikh keramat yang disambut sejak 31 Ogos 1957.

Tidak terkecuali lagenda sukan badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang meluahkan ucapan sambutan kemerdekaan di laman Facebook nya. Namun perkongsiannya itu telah menyentuh hati rakyat Malaysia.

Advertisement

Melalui perkongsiannya itu, beliau meluahkan jarang meluangkan masa di sosial media akhir-akhir ini kerana terlalu banyak isu ‘toksik’ dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kawan-kawan dan peminat saling mengutuk satu sama lain hanya kerana satu isu remeh. Ini bukan lah Malaysia yang saya perjuangkan dahulu.”

Semasa Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia pada 2006 dahulu, Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan dengan ketinggalan set 13-20. Sewaktu itu beliau sudah hampir berputus asa namun dia sempat melihat pada rakyat Malaysia yang datang menyokong.

Ketika itu saya melihat ada seorang kanak-kanak Melayu, mungkin dalam usia lapan tahun begitu. Dia mengenggam tangan sambil menutup mata. Barangkali sedang mendoakan kemenangan saya. Di satu sudut lain, ada seorang gadis berbangsa India sedang menangis. Tak pasti kerana apa tapi saya yakin dia menangis kerana saya. Di bahagian lain pula kenalan anak lelaki saya berbangsa Cina menjerit nama saya sekuat hatinya.

Semua rakyat bersatu. Tanpa mengira bangsa atau kaum tapi demi Malaysia. Beliau sedar satu Malaysia sedang menyokongnya. Malaysia yang penuh dengan warna warni dengan kepelbagaian kaum.

“Rakyat Malaysia kita lepak sekali, mamak sekali, ambil berat antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Adakah hanya kerana satu ‘suara’ asing kita akan berpecah belah?”

datuk lee chong wei
Di dalam luahan nya itu, Datuk Lee Chong Wei juga mahukan rakyat Malaysia untuk terus bersatu teguh dan tidak tunduk kepada ‘anasir-anasir’ yang cuba menjatuhkan persaudaraan ini. Jangan biarkan mereka menghancurkan hubungan baik antara kaum.

Jangan biarkan isu remeh seperti Dong Zong Nor Khat menjauhkan kita,
Jangan biarkan suara kecil menyebarkan kebencian antara kaum menjatuhkan kita,
Jangan biarkan mereka yang tidak sensitif ini menarik logik akal kita,
Jangan biarkan anasir jahat dari kaum China, India, Melayu memecah belahkan kita.

Selamat Hari Lahir, tanah tumpahnya darah ku. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

via GIPHY

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...