Rakyat Malaysia Terlalu Pemaaf Walau Nampak Hal Yang Buruk Macam Mana Sekalipun

Trending

Rakyat Malaysia Terlalu Pemaaf Walau Nampak Hal Yang Buruk Macam Mana Sekalipun

Bagi seorang usahawan (yang materialistik), Neelofa dianggap berjaya. Kerana bagi seorang usahawan, tiada yang lebih penting selain hasil.

Apa-apa cara, by hook or by crook, buatlah apa-apa strategi pun, janji dapat memaksimumkan keuntungan.

Advertisement

Lepas tu usahawan-usahawan ini bolehlah sindir orang lain dengan berkata, “dia dapat berapa juta dah tu sebab strategi tu. Kau yang duk kecam dia masih miskin serupa sebelum ini.”

Tak fikir pun apa impak lain jika kita terus biarkan sentimen “bad publicity is still publicity.”

Benda tu mitos perniagaan sebenarnya. Tak ada pun sentimen “bad publicity is still publicity” ni. In some cases mungkin la betul.

Tapi kalau tengok nasib stesen minyak BP (kontroversi Halloween), nasib Toyota (recalled cars), dan nasib Tiger Woods (skandal), publisiti buruk ni teruk jugak kan?

Lepas tu kena habiskan duit pulak untuk betulkan imej melalui public relation (PR). Nak kena buat iklan, buat kempen, buat promosi, etc.

Ingat lagi pasal kontroversi DNA babi dalam coklat Cadbury? Tu bad publicity la tu. Cuma Cadbury Malaysia beruntung sebab orang Malaysia ni pemaaf. Maka jualan mereka steady semula.

Bagi jangka masa pendek, Neelofa memang berjaya. Tapi lepas ni kita tak tahuah.

Dia dah cagarkan reputasi dia sebagai artis yang disegani demi perkara ini. Kalau dia ulang lagi lepas ni, orang akan meluat dah. Dia tak kan dapat seperti yang dia dapat hari ini.

Itu bagi orang yang letakkan kejayaan pada unsur monetary.

Sebab itu jika kita tengok corak sokongan kepada Neelofa, rata-rata ialah orang yang berniaga. Geng-geng sifu la yang paling ramai sokong.

Sekadar peringatan. Hati-hati dengan orang yang macam ni. Hubungan baik kau dengan dia ditentukan oleh jumlah wang yang kau mampu jana untuk dia.

Strategi Perniagaan

Agaknya sifu-sifu ini tak boleh baca masa depan ke?

Strategi Neelofa ini seakan-akan memberi ISYARAT kepada usahawan muda bahawa dalam perniagaan ada shortcut.

Usahawan muda juga percaya untuk berjaya kena guna cara negatif.

Entah-entah semasa status ini ditulis, ada ramai usahawan muda yang sedang merancang ‘strategi’ untuk mencipta bad publicity.

Kita dah nampak jelas kejayaan Neelofa melalui strategi itu, maka apa salahnya jika teknik itu ditiru?

Dalam perniagaan tak ada jalan pintas. Syarikat-syarikat besar multinasional semuanya ambil masa yang panjang untuk menjadi relevan.

IBM, Google, Ford, Acer, Levi’s, Sony, dan banyak lagi semuanya ambil masa yang panjang tanpa strategi-strategi ‘wicked’. Hasilnya, mereka kekal relevan untuk jangka masa yang panjang.

IBM tu dah 100 tahun lebih. Bukan 5 hingga 10 tahun saja. Kita tengok ajelah jenama Neelofar Hijab tu boleh kekal bersaing untuk berapa lama.

Bagi orang yang tidak meletakkan unsur monetary sebagai pengukur kejayaan, Neelofa bukan sekadar gagal. Dia juga telah melukakan hati banyak pihak.

Ramai yang terluka; peminat dia, penyokong dia, orang awam dan gadis-gadis yang ikhlas bertudung untuk menjaga akhlak.

Di luar sana, ada ramai perempuan yang berusaha keras untuk berdiri setanding dengan lelaki tanpa menggunakan cara yang “wicked”.

Tindakan Neelofa menyusahkan perempuan-perempuan ini.

Selain imej gadis bertudung, keyakinan gadis yang baru mula memakai tudung juga goyah. Akan ada la mulut-mulut memperlekeh golongan ini.

“Ek elehhh. Pakai tudung bukannya tanda kau baik. Tengoklah Neelofa tu. Steady masuk Zouk. Entah-entah kau pun sama je!”

Ini situasi yang tak bagus dan tak membantu. Seorang perempuan korbankan banyak perkara untuk tampil bertudung.

Korban untuk kelihatan cantik, korban untuk nampak up to date, dan korban untuk menghias diri.

Sedikit sebanyak semangat mereka untuk terus tampil bertudung mulai luntur menerusi tindakan Neelofa. (Kenyataan ni aku buat sebab aku lebih suka perempuan tak bertudung dari yang bertudung).

Akhir sekali, Neelofa gagal kerana dia tidak mengamalkan etika ahli perniagaan yang baik. Dia lebih bergantung kepada sentimen berbanding produk.

Bukankah lebih baik jika dia senaraikan kenapa tudung dia lebih baik dari jenama lain. Susah kedut ke, anti starch ke, tone dia kelip-kelip ke, senang dibentuk ke, fabrik ada nanoteknologi ke.

Macam itu. Aku syak ramai yang bercakap pasal dia tak tahu pun rupa tudung baru dia tu. Main kecam je.

Bagi aku, Neelofa ialah seorang ahli perniagaan yang gagal.

Kau pujilah strategi dia brilliant macam mana sekalipun, cakaplah berapa juta duit dia, senaraikanlah berapa senarai jutawan dia masuk, dia masih gagal di mata aku.

Mungkin kerana aku tak letak kejayaan pada jumlah duit yang orang miliki.

Aku ukur kejayaan orang melalui legasi. Macam Plato la. Dia cakap, “a measure of a man is what he do with power.”

Tak ada satu pun manusia hebat yang iktiraf orang lain atas kekayaan material mereka. Bill Gates bukan iktiraf Steve Jobs sebab Steve duit banyak.

Dia iktiraf sebab Steve banyak buat inovasi. Julius Caesar bukan iktiraf Cleopatra sebab Cleopatra banyak harta. Tapi sebab kemahiran diplomasi Cleopatra dalam memakmurkan negara.

Rakyat Malaysia terlalu pemaaf. Buat la benda bangang macam mana sekalipun, di akhirnya orang Malaysia akan maafkan.

Dari segi politik macam tu, ekonomi macam tu dan sosial pun macam tu. Pemaaf.

Kita kurang pengetahuan dari segi ilmu konsumerisme.

Kita tak tahu apa itu false advertising, kita tak tahu hak kita, penguatkuasaan kita lemah, dan banyak lagi dalam skop ini. Sebab itu kita senang kena manipulate.

Kita beli barang sebab jenama. Bukan sebab kualiti.

Kenapa entah tak boleh berniaga cara elok guna strategi elok.

Mempelbagaikan produk, jaga kualiti produk, jaga kualiti servis, tak bertangguh post barang, berdisiplin, kreatif buat penulisan dan promosi dengan cara bermaruah.

Entah sifu usahawan mana yang ajar benda bukan-bukan dekat Neelofa ni.

Kredit : Peter Vladimir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...