Rakyat Malaysia Tak Sokong Mazlee Lakukan Penjenamaan Program PERMATA

Trending

Rakyat Malaysia Tak Sokong Mazlee Lakukan Penjenamaan Program PERMATA

Semalam Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah mengumumkan untuk penjenamaan semula Program Permata Negara (PERMATA) dengan diberi nama baharu, Genius.

Advertisement

Beliau berkata, kabinet membuat keputusan itu untuk menjadikannya lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi.

Walaupun fungsi dan peranannya sama, ada beberapa program di bawahnya akan dipertingkatkan dari segi kualiti.

Kabinet membuat keputusan ini untuk penjenamaan semula supaya ia lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi.

Adakah cadangan beliau ini dipersetujui oleh semua warga Malaysia?

Rata-rata rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan yang di berikan oleh Mazlee. Mereka semua berpendapat bahawa program PERMATA tidak perlu dijenamakan semula tetapi kualitinya ditingkatkan dan jangan membazir.

Bukan itu sahaja, mengubah nama program PERMATA kepada genius juga tidak sesuai kerana ia akan melibatkan wang rakyat yang banyak dan maksud permata lebih elok dari genius untuk digunakan menurut warga Twitter yang tak bersetuju dengan cadangan ini.

Malahan, mereka berpendapat pengunaan nama PERMATA adalah menggunakan bahasa Melayu  dan ia sesuai digunakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.


Seorang pengguna Twitter juga tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana nama PERMATA itu adalah dalam bahasa Melayu. Jika kita tak sokong pengunaan bahasa Melayu siapa lagi.

Pusat PERMATApintar Negara, UKM adalah sekolah berbakat pertama di Malaysia merupakan cetusan idea Datin Seri Rosmah Mansor, bekas isteri Perdana Menteri Malaysia, seawal tahun 2006.

Apakah anda semua bersetuju dengan cadangan Menteri Pendidikan untuk dijenamakan semula program PERMATA?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...