Pelakon, penerbit dan pengarah Fauziah Ahmad Daud berang dengan tindakan seorang pelakon baharu, Nina Smith.
Ia berikutan pelakon terbabit menarik diri dari penggambaran drama Bunga Hati terbitan Zeel Production arahan Jamal Khan yang sedang menjalani penggambaran di Perlis.
Difahamkan Nina sempat menyiapkan penggambaran sebanyak enam babak sebelum bertindak menarik diri untuk pulang ke Amerika Syarikat (AS) atas alasan menjaga bapanya yang sakit tenat.
Dia tinggalkan set kerana balik AS. Jadi, saya geram juga kerana dia menyusahkan orang. Kenapa perlu bersikap begini, menyusahkan orang dan penggambaran kena dibuat semula.
Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, Nina pada awalnya menyertai Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) dan kemudian dihantar ke bengkel lakonan kendaliannya.
Saya tak gemar sikap seperti pelakon ini. Inikah yang banyak pihak agungkan dengan pelakon baharu? Budak budak yang tak tahu, tak bijak pandai memahami tanggungjawab pelakon.
Ogy turut meminta penerbit menyaman pelakon terbabit kerana sudah melanggar kontrak. Dia tidak mahu berkompromi dalam isu ini dan mengakui berani bersuara kerana dia sudah membuktikan siapa dirinya dalam industri.
Baca: “Setiap Manusia Ada Maruah Dan Nilai Diri..” – Ogy Bahas Soal Bayaran Pelakon Senior