Rakyat Malaysia Perlu Sebulan Gaji Untuk Beli iPhone 11 

Kehidupan

Rakyat Malaysia Perlu Sebulan Gaji Untuk Beli iPhone 11 

Semalam rata-rata rakyat Malaysia telah menyaksikan pelancaran tiga model terbaru iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Pasti anda semua meminati model terbaru iPhone yang nampak lebih cantik dan bergaya.

Harga iPhone 11 bakal dijual pada harga bermula dari RM3,399, manakala iPhone 11 Pro dari RM4,899 dan iPhone 11 Pro Max dari RM5,299 sahaja.

Dengar sahaja harga, adakah kita mampu beli iPhone 11?

iPhone 11

Advertisement

Untuk pengetahuan anda semua, purata rakyat Malaysia memerlukan sebulan gaji untuk membeli iPhone 11 Pro yang telah dilancarkan.

perlukan sebulan gaji beli iPhone 11

iPhone Pro berharga RMRM4,899 dengan kapasiti 64GB mampu dibeli oleh rakyat Singapura dengan gaji lapan hari berkerja, menurut Picodi.

Dalam kaji selidik yang dilakukan oleh Firma e-dagang mendapati 4.8 hari memadai warga Switzerland membeli telefon berkenaan diikuti Amerika Syarikat 5.8 hari.

purata hari berkerja untuk dapatkan iPhone 11

Dalam kajian Picodi juga telah membandingkan gaji purata di negara-negara terpilih berdasarkan harga iPhone 11 Pro (64GB) mengikut negara dengan mengira jumlah hari berkerja diperlukan untuk membeli telefon ini.

Purata gaji bulanan rakyat Malaysia adalah RM3,421.96, menurut data statistik terkini. Menurut kajian, pada tahun lepas, purata rakyat Malaysia terpaksa bekerja selama 41.3 hari bagi memiliki model iPhone terbaru dengan gaji purata RM2,880 sebulan.

Adakah anda sanggup mengorbankan gaji sebulan anda untuk memiliki iPhone 11? kongsikan pendapat anda di Facebook kami.

Sumber: Picodi

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...