Rakyat Malaysia Mendedahkan ‘Scam’ Visa Perlindungan Yang Berlaku Di Australia

Trending

Rakyat Malaysia Mendedahkan ‘Scam’ Visa Perlindungan Yang Berlaku Di Australia

Sebelum ini pernah kecoh isu rakyat Malaysia yang susah nak memasuki negara Australia gara-gara masalah visa. Ini semua terjadi kerana isu rakyat Malaysia yang menetap secara haram di sana sebagai pengutip buah.

Baru-baru ini seorang rakyat Malaysia, Nazuan Apis berkongsi mengenai scam visa perlindungan yang membenarkan imigran bekerja di Australia. Nazuan telah bekerja di Australia semenjak tahun 2016 dengan visa bekerja 3 bulan.

Advertisement

Menurutnya lagi, beliau dan 15 rakannya mendapatkan visa perlindungan dengan harga AUD100 (RM288) daripada warganegara Malaysia yang bekerja sebagai ejen pekerjaan di sana. Prosesnya sangat mudah dimana mereka hanya perlu mengisi borang dan mendapat pengesahan dari pihak polis di sana.

Nazuan yang berjaya mendapatkan visa terus menetap di sana untuk tempoh setahun dengan niat untuk bekerja mendapatkan pendapatan sebelum pulang semula ke Malaysia untuk bersama keluarganya.

Tetapi proses untuk pulang semula ke Malaysia bukan semudah yang disangka. Nazuan terpaksa berhadapan dengan pihak berkuasa dan menceritakan semuanya kepada mereka. Pihak imigresen juga memberi amaran kepadanya supaya tidak kembali lagi ke Australia.

Pada minggu lepas, Datuk Marzuki Yahya, Timbalan Menteri Luar memaklumkan ramai rakyat Malaysia yang menggunakan alasan pelarian untuk kekal lama di Australia.

Dari Julai 2018 hingga April 2019, sebanyak 4974 permohonan telah diterima oleh Australian Administrative Appeals Tribunal (AAT) daripada warga Malaysia. Hampir 50 peratus permohonan visa status pelarian daripada rakyat Malaysia kepada Australia.


Visa perlindungan ini membolehkan individu untuk bekerja, menetap dan belajar secara sah di Australia. Untuk rakyat Malaysia yang permohonannya ditolak, mereka masih boleh membuat rayuan.

Sumber: Dailymail

Untuk artikel berkaitan: Ramai Rakyat Malaysia Menetap Secara Tidak Sah Di Australia 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...