Rakyat Malaysia Masih Berdegil Dan Tidak Faham Maksud Sebenar Perintah Kawalan Pergerakan

Trending

Rakyat Malaysia Masih Berdegil Dan Tidak Faham Maksud Sebenar Perintah Kawalan Pergerakan

Keberanian sesetengah rakyat Malaysia ditunjukkan selepas beberapa hari sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara telah dilaksanakan. Namun keberanian ini tidak kena pada tempatnya. Walaupun terdapat perintah yang ketat daripada kerajaan untuk semua orang tetap berada di dalam rumah dan menghadkan aktiviti dan interaksi sosial selama dua minggu ini, akan tetapi kelihatan bahawa ramai di antara kita masih tidak tahu mengenai usaha global dalam memerangi penyebaran pandemik COVID-19.

Detik-detik ‘kegembiraan’ ini, ditangkap menerusi kamera dan diedarkan menerusi media sosial dan aplikasi pesanan segera bagi semua menyaksikan dan mengkritik tindakan sesetengah masyarakat yang masih bersikap tidak endah tentang keadaan semasa.

Advertisement

Bersesak  di kafe dan restoran

Memancing bersama rakan

Terdapat satu adegan yang tenang, di mana beberapa lelaki yang memerlukan sedikit ketenangan dengan meluangkan masa memancing sebagai ‘hari bermalasan’ di sebuah tasik di Selayang, Kuala Lumpur. Semoga mereka hanya dapat menangkap sasaran ikan sahaja dan bukannya virus.

memancing

Sementara sebuah pekan di Kedah kelihatan seperti kehidupan biasa dengan pengunjung yang berada pekan bandar walaupun PKP sebelum ini berpesan untuk menghadkan semua aktiviti perniagaan untuk tempoh masa tertentu.

pasat Ayer Hitam, Kedah

Kelekaan orang ramai untuk mengambil serius PKP nampaknya telah menambah bidang tugas ahli-ahli penguatkuasa dan pihak berkuasa negara. Semasa mereka berusaha untuk melindungi negara dan rakyat ketika saat genting ini, beberapa rakaman yang menarik telah diperolah.

Cakap elok-elok tak nak dengar

Video yang dikongsi oleh pengguna Twitter Khabir menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia mempunyai masalah yang jelas dengan pihak berkuasa. Klip 37 saat bermula dengan 2 orang pegawai polis di dalam sebuah kereta rondaan memberi amaran yang jelas kepada seorang lelaki yang berdiri di tepi jalan.

Menerusi apa yang dapat dilihat kawasan tersebut berada di sekitar kejiranannya. Lelaki itu kelihatan berbual di telefon, sambil mengabaikan arahan pegawai itu. Video itu berakhir dengan pegawai tersebut keluar dari kenderaan mereka untuk menegur dengan lebih lanjut atau mungkin mengenakan sesuatu tindakan.

Biar hati pedih, asalkan virus terhapus

Adalah tugas yang sukar untuk membuat orang ramai mematuhi peraturan. Seperti suara marah dan kesal yang diluahkan oleh seorang pegawai polis apabila dia memarahi sekumpulan remaja yang sedang bermain di sebuah padang kosong. Video tersebut  dipercayai dirakam di Kelantan.

Walaupun kata-kata yang dijerit oleh abang polis tersebut mungkin kelihatan terlalu kasar untuk beberapa orang. Namun, melihat kepada komen-komen yang dilontarkan menunjukkan bahawa majoriti rakyat Malaysia bersetuju bahawa masih terdapat individu-individu yang kurang bijak kerana tidak melakukan social distancing semasa PKP.

Garangnya hakak polis ni

Manakala rakaman lain menunjukkan wanita PDRM yang bertugas di tempat kerja, tidak dapat ditandingi dengan ketegasan yang ditunjukkan mereka. Satu video menunjukkan seorang pegawai wanita yang geram melihat penduduk setempat berkumpul dan melepak di dalam bengkel motosikal.

Rakyat Malaysia kekal sebagai negara yang paling teruk terjejas oleh Covid-19 di Asia Tenggara dan PKP ditubuhkan untuk bukan sahaja melambatkan penyebaran virus itu tetapi untuk mengurangkan tekanan ke atas sumber dan perkhidmatan penjagaan kesihatan negara yang terhad.

Lakukan tugas anda sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan #dudukrumah. Lakukan pelbagai aktiviti baru yang boleh dilakukan di rumah untuk memastikan hari anda tidak kusam walaupun semasa tempoh PKP.

Bagi mereka yang mungkin terlupa apakah maksud Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan sebelum ini, boleh klik pautan di bawah untuk membaca artikel penuh.

Artikel berkaitan: Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac Sehingga 31 Mac Ini

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...