Rakyat Malaysia Makan 3.6 juta Bungkus Mi Segera Sehari

Trending

Rakyat Malaysia Makan 3.6 juta Bungkus Mi Segera Sehari

Nestle (Malaysia) Bhd bekerja keras mengoperasikan kilang mi Maggi mereka di kilang Batu Tiga untuk memenuhi permintaan pengguna Malaysia.

Menurut laporan, rakyat Malaysia makan 3.6 juta paket mi segera sehari, dan 1.4 juta paket ialah dari jenama Maggi.

Advertisement

Gambar: wahidayatulaswa.blogspot.com

Itu bermakna rakyat Malaysia menggunakan 511 juta bungkus mi segera setahun dan Nestle membekalkan hampir separuh dari permintaan ini, menjadikan jumlah penggunaan oleh rakyat Malaysia sebanyak 1.34 bilion paket mi segera tahun lepas.

Hal demikian, kilang pengeluaran Nestle di Shah Alam adakah antara paling besar di Malaysia dan dunia Nestle, dan kilang mi Maggi ialah yang paling besar di rantau ini.

Jumlah pelaburan untuk kilang itu ialah RM 90 juta, di mana ia mengeluarkan lebih dua juta bungkus mi sehari untuk kegunaan dalam dan luar negara.

Untuk perbandingan, jualan mi segera mencapai jumlah 102 bilion tahun lepas, dan lebih 44 bilion bungkus mi segera dibeli pengguna di negara China tahun lepas. Kata Pengarah Urusan Nestle Malaysia Alois Hofbauer:-

Dengan sejarah lebih 100 tahun di Malaysia, Nestle komited untuk melabur di negara ini, dan memperhebatkan pelaburan pasaran pada masa senang dan juga tempoh ekonomi yang mencabar kerana kami percaya potensi Malaysa untuk perkembangan pertengahan dan jangka panjang.

Nestle terus melabur di Malaysia melalui falsafah perniagaan penciptaan nilai (CSV), juga melabur untuk fasiliti pengeluaran.

Sejak tujuh tahun yang lalu, sejak 2008, Nestle telah melabur lebih RM 1.5 bilion modal terkumpul untuk memajukan kapasiti pengeluaran dan pengedaran produknya.

Sumber: The Star

Anda mencari maklumat spesifik satu-satu jenis seni budaya di Malaysia untuk kajian atau pengetahuan? Sila ke…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 27 October 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...