Kebiasaannya kalau memandu memang ramai yang akan bergantung pada aplikasi seperti Waze atau Google Maps untuk tiba ke destinasi. Bukan sahaja memudahkan perjalanan lagi-lagi untuk yang tidak tahu jalan langsung tetapi juga banyak info yang boleh didapatkan tentang trafik jalan raya.
Mungkin ramai yang menyangka rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan aplikasi Waze tetapi berdasarkan satu kajian undian yang dilakukan hasilnya adalah sebaliknya.
Berdasarkan pada undian oleh rakyat Malaysia di laman Facebook Wiser.my hampir majoriti masyrakat Malaysia lebih cenderung menggunakan aplikasi Google Maps berbanding Waze.
Tetapi berdasarkan pada ruangan komen ramai yang lebih percaya pada aplikasi Google Maps kerana ‘trauma’ dengan pengalaman buruk ketika menggunakan Waze. Ada juga yang kata ianya membuang masa kerana seringkali tidak sampai ke destinasi.