Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Menjadi Pengawal Mutu Dan Kualiti Produk Ganja Di AS

Kehidupan

Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Menjadi Pengawal Mutu Dan Kualiti Produk Ganja Di AS

Jika sebut sahaja tentang ganja, pasti ramai yang mempunyai pelbagai pandangan negatif mengenainya. Tetapi perkongsian daripada seorang rakyat Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat (AS) ini mungkin mampu mengubah pandangan tersebut.

HannahOnE4rth atau Hannah Fawwazah Nasaruddin kini berkhidmat sebagai pengawal mutu dan kualiti produk ganja di AS. Baru-baru ini, dia telah berkongsikan pengalamannya bekerja di sana dan menarik perhatian netizen di Malaysia.

Advertisement

Menetap di Amerika Syarikat

hannahonearth

“No I don’t get high anymore. Job scope saya BUKAN test smoke marijuana. I just work around marijuana plants and keeping compliant.”

Tujuan saya kongsi ialah untuk pengetahuan dan untuk pendedahan positif, di mana ganja boleh diselia baik dan tak disalah guna kalau dikawal ketat dan secara sistematik. Sila baca dari mula sampai akhir untuk fahami. Kalau tak boleh beri komen positif boleh diam saja. Malaysia boleh take note kot sebab tak mustahil boleh guna sistem sama untuk regulasikan ganja!

Di AS, terdapat 11 negeri di mana ganja untuk penggunaan rekreasi sudah legal, manakala 33 negeri legal cuma dari segi perubatan(medical). Negeri California dan Nevada (negeri saya) contohnya legal kedua-duanya (penggunaan rekreasi & medical).

hannahonearth

Buat negeri yang cuma legal dari segi medical, pengguna perlu ada kad khas sebelum boleh beli atau dipreskripsikan dengan produk ganja oleh doktor-doktor perubatan. Di AS, ganja boleh didapati di kedai-kedai yang dinamakan dispensary.

Untuk masuk, mesti berumur 21 tahun ke atas. Ganja masih tidak legal di peringkat persekutuan (federal government) maka sebab itu industri ganja masih dikawal ketat walaupun legal di peringkat kerajaan negeri.

Oleh sebab itu juga, banyak peluang pekerjaan dalam bidang ini, dari budtender iaitu yang bekerja di belakang kaunter dispensary, penanam atau cultivator, dan pegawai pengawal kualiti ganja seperti saya! Walaupun beberapa negeri legal, bila beli produk tak boleh bawa rentas negeri. Pengguna pula cuma boleh guna dalam rumah masing-masing, bukan di tempat awam.

hannahonearth

Dilantik sebagai penjaga akaun

Setahun lepas, bos saya iaitu seorang Latina berasal dari California melantik saya untuk jadi bookkeeper atau penjaga akaun syarikat. It was fun! Walaupun saya tak ada background accounting, saya belajar banyak dari sumber luar yang kerja kontrak dengan syarikat ini.

Beberapa bulan kemudian saya rasa saya boleh beri sumbangan lebih banyak kepada syarikat, maka saya ambil inisiatif untuk hadiri kursus dan workshop untuk kendali ganja dan untuk menggunakan sistem tracing marijuana seed to products yang tak semua orang boleh guna dan selia.

hannahonearth

Jadi akhirnya saya jadi bertauliah dan kedudukan dalam syarikat pun dapat up sikit! Bos kata jadi important person dalam syarikat dan dalam industri sebab bukan senang nak dapatkan posisi ini! Bangunan pun perlu ada lesen khas, yang perlu diperbaharui setiap tahun. Lesen pun bukan main mahal. Sebab itu juga tak ramai yang mampu maka mereka beralih tanam secara haram dalam rumah masing-masing yang menyebabkan kewujudan black market.

Perlu periksa latarbelakang

Sebelum boleh mohon kerja dalam industri ini, setiap pemohon wajib lalui background checking melalui FBI dan polis negeri. Cap jari biometrik pun diambil untuk disimpan dalam database. Yang ada rekod jenayah, kecil mana pun termasuk saman tak langsai tak boleh mohon dan secara automatik tak lepas background checking.

hannahonearth

Sebab itu, saya kata kerajaan persekutuan kawal ketat sesiapa yang masuk dalam industri ini. Memang betul-betul insan terpilih yang boleh kerja, yang berkelakuan baik, dan cuma yang bertauliah boleh selia sistem yang kami gunakan untuk trace ganja dari benih sampai ke produk akhir.

Jadi sesiapa yang dapat kerja dalam industri ini akan diberikan agent ID unik untuk setiap kategori. Contohnya, saya kerja dalam bangunan cultivation dan di sini juga kami proses ganja jadi produk akhir maka saya ada 2 agent ID unik yang tak boleh dipindah milik.

Sistem ini dinamakan Metrc. Setiap pekerja yang ada akses boleh dikesan dalam sistem ini. Maka setiap kali produk ganja diubah bentuk contohnya dari benih sampai hari tuai, agent ID pekerja yang bertanggungjawab mengubah akan keluar. Kalau salah step, kerajaan negeri akan hantar orang ke bangunan untuk periksa apa yang tak kena.

hannahonearth

Walaupun kami semua kerja bergelumang ganja, kami tak boleh ambil bawa keluar bangunan apatah lagi menggunakan bila dalam bangunan. Pendek kata, setiap gerak geri pekerja diperhatikan dalam sistem dan melalui kamera dalam setiap bangunan. Setiap pokok ganja juga ada tag dengan nombor unik untuk tujuan trace system Metrc tadi. Di sini, saya dipertanggungjawabkan untuk selia semua pokok dari benih sampailah produk akhir.

Proses sangat terperinci

Untuk transport produk kami hasilkan ke dispensaries juga perlu gunakan transporter khas. Pemandu-pemandu van transporter ini juga perlu ada agent ID, bukan dari kalangan pemandu biasa. Ada kes pemandu bawa lari van penuh produk! Sebab itu sampai van pun unik perlu boleh dikesan dalam sistem.

Selepas dituai, setiap hasil perlu melalui lab test untuk tentukan sama ada ia selamat digunakan oleh pengguna dan untuk tentukan tahap THC dam terpenes dalam setiap hasil. Saya juga bertanggungjawab dalam memastikan setiap produk ini diperiksa oleh makmal. Industri ini besar, untuk kerja lab untuk test produk ganja pun perlu ada degree.

marijuana

marijuana

Ini beza dia dengan black market yang mana produknya tidak pasti selamat digunakan kerana setiap hasil boleh jadi ada kulat, atau racun rumpai. Tapi untuk syarikat kami, kami tanam semua indoor dan tak perlu gunakan racun rumpai. Baja semuanya organik berasaskan tumbuhan seperti tebu. Syarikat tempat saya bekerja juga ada hasilkan produk CBD tanpa THC. Tincture and topical lotion are what we offered!

Jujurnya saya sudah jarang menggunakan produk ganja. Awal dulu waktu baru pindah sini, doktor mengalihkan penggunaan ubatan untuk depression saya ke penggunaan ganja. Setahun kemudian saya tak perlu lagi bergantung pada apa-apa. Tapi minat saya dalam bidang ini takkan pudar. Saya suka sains di belakang herba unik yang mampu mengubati ini.

It’s not easy working in this highly regulated industry. I can say I love my job, and my job is so unique and I know this opportunity won’t come to me if I don’t have an open heart or not believing in science. I hope it will be federally legal someday in the future, and that it will be legal in Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...