[TERKINI] Rakyat Malaysia Kini Dibenarkan Keluar Berdua Untuk Membeli Barangan Keperluan Penting

COVID-19

[TERKINI] Rakyat Malaysia Kini Dibenarkan Keluar Berdua Untuk Membeli Barangan Keperluan Penting

Rakyat Malaysia kini diberi kebenaran untuk keluar secara berpasangan untuk membeli bahan makanan dan mendapatkan perkhidmatan perubatan berkuat kuasa mulai 29 April sehingga 12 Mei.

Perkara ini dinyatakan dalam kemaskini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang ditandatangani oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Advertisement

Seseorang individu boleh ditemani oleh seorang ahli keluarga yang lain. Dengan syarat, ahli keluarga tersebut mestilah tinggal di dalam rumah yang sama.

sekatan polis

Selain itu, syarat ini juga membenarkan individu ditemani orang lain jika perlu membuat perjalanan bagi mendapatkan perkhidmatan perubatan.

Peraturan itu juga menyatakan bahawa mereka yang ingin membeli barang keperluan atau mendapatkan rawatan perubatan hanya boleh melakukannya dalam jarak 10 kilometer dari kediaman mereka

Individu yang didapati melanggar peraturan tersebut akan dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.

sekatan jalan

Sebelum ini, tular di media sosial apabila netizen mula mengadu mengalami kesukaran untuk menguruskan pembelian barang keperluan secara berseorangan. Individu yang perlu mendapatkan pemeriksaan doktor di hospital turut mengadu perkara yang sama.

Senarai perkhidmatan penting masih kekal dengan 15 perkhidmatan.

Peraturan yang baru dikeluarkan ini menandakan bahawa pihak kerajaan prihatin terhadap aduan rakyat Malaysia. Orang ramai masih perlu mematuhi peraturan PKP dan kekal berada di rumah untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...