Rakyat Malaysia Jadi Kes Import Baharu Dikesan Di Singapura

COVID-19

Rakyat Malaysia Jadi Kes Import Baharu Dikesan Di Singapura

Kementerian Kesihatan republik Singapura mendakwa dua rakyat Malaysia antara 26 kes import baharu Covid-19 yang dilaporkan pada Sabtu semalam.

Berdasarkan data penuh yang dikeluarkan kementerian kesihatan Singapura pada Sabtu lewat malam, kes berkenaan membabitkan seorang lelaki berusia 38 tahun dan seorang wanita yang berusia 35, adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia.

Advertisement

Singapura

Daripada 26 kes baharu yang diimport itu, 25 adalah tanpa gejala manakala satu kes bergejala membabitkan wanita rakyat Malaysia. Manakala kes import lain adalah dari Bangladesh, Gabon, India, Indonesia, Jerman, Myanmar, Filipina, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, seorang lelaki rakyat Singapura yang berumur 39 tahun pulang dari Malaysia juga merupakan antara kes import tanpa gejala. Setakat yang dilaporkan, terdapat tiga kes kluster di Singapura.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...